Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PO RENO12 PRO

OPPO Reno12 Pro, Telefon Pintar AI Terbaik EISA 2024/25

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh ariff bukhari

Jika HONOR 200 Pro dinobatkan sebagai produk terbaik bagi kategori telefon pintar oleh EISA pada tahun ini, OPPO Reno12 Pro pula berjaya merangkul anugerah EISA bagi kategori telefon pintar AI terbaik EISA 2024/25.

Menurut EISA, OPPO Reno12 Pro cemerlang dengan keupayaan AI canggihnya dalam pelbagai aspek.

OPPO RENO12 PRO

Antara ciri AI yang disebutkan adalah AI Eraser 2.0 yang disifatkan EISA sebagai mudah mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada foto, memastikan imej yang lebih bersih dan kelihatan profesional.

Manakala ciri AI Clear Face pula meningkatkan tangkapan secara berkumpulan dengan meningkatkan kejelasan dan mengurangkan herotan, menjadikan setiap wajah dalam foto menonjol.

Sementara ciri AI LinkBoost memastikan sambungan yang lancar walaupun dalam persekitaran rangkaian yang lemah.

OPPO Reno12 Pro dilengkapi paparan AMOLED 6.7″, dipacu pemproses MediaTek Dimensity 7300-Energy dan bateri 5000mAh yang sudah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga jualannya kini RM2,599.

Beli OPPO Reno12 Pro 5G dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clks91f
  • Lazada – https://invol.co/clks91l
Sumber: EISA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Reno12 Pro 5G - Rekaan Lama, Prestasi Baik Tapi AI Biasa
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Kurang 24 Jam Saja Lagi Untuk Anda Sambar 2 'Game' Ini Berharga Lebih RM200 Secara Percuma
  • EISA Nobatkan HONOR 200 Pro Telefon Pintar Terbaik 2024/25

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY