Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
imagen 3 5

Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin ada yang belum tahu, Google telah mengeluarkan versi terkini penjana imej AI mereka kepada semua melalui perkhidmatan AI Test Kitchen.

Dikenali sebagai Google Imagen 3, ia pertama kali diumumkan pada bulan Mei lalu semasa acara I/O syarikat itu tetapi ia hanya dilancarkan pada minggu lepas selepas Google menerbitkan kertas penyelidikan mengenainya.

Imagen 3 berfungsi seperti kebanyakan penjana imej AI lain, anda menaip gesaan (prompt) dan tunggu kira-kira 30 saat sehingga gambar mula muncul.

Hasil daripada ujian penulis mendapati, Imagen 3 nampaknya merupakan model teks-ke-imej berkualiti yang menyaingi Midjourney atau DALL-E OpenAI.

Lebih-lebih lagi, Imagen 3 pada masa ini percuma untuk digunakan berbanding servis penjana imej AI yang lain.

imagen 3 1
Hanya masukkan prompt yang mudah sudah boleh hasilkan imej berkualiti.
imagen 3 2
Malah tersedia ciri suntingan tambahan dalam Imagen 3 ini.

“Imagen 3 ialah model teks-ke-imej berkualiti tinggi kami, mampu menjana imej dengan perincian yang lebih baik, lebih kaya pencahayaan dan kurang gangguan daripada model kami sebelum ini,”

“Kami telah meningkatkan keupayaan Imagen 3 dengan ketara untuk memahami gesaan, yang membantu model menjana pelbagai gaya visual dan menangkap butiran kecil daripada gesaan yang lebih panjang.” Google.

 

Berikut adalah hasil imej janaan Imagen 3 yang lain.

imagen 3 5
imagen 3 4
imagen 3 3

Anda boleh mencuba sendiri Imagen 3 dari Google ini yang tersedia menerusi  ImageFX dan Vertex AI.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • AMD Beli Syarikat Infrastruktur AI, ZT Systems Pada Harga ~RM21.4 Bilion
  • U Mobile Lancarkan Pelan Internet 'Fibre' 10Gbps Untuk Perniagaan Berharga RM1,899/bulan

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY