Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix ZERO 40 5G Dilancarkan, Kolaborasi Dengan GoPro Dan Tersedia Sokongan AI

Infinix ZERO 40 5G Dilancarkan, Kolaborasi Dengan GoPro Dan Tersedia Sokongan AI

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh ariff bukhari

Infinix sebentar tadi melancarkan ZERO 40 5G terbaharunya yang merupakan satu-satunya telefon pintar dalam kelasnya yang dilengkapi dengan kamera Ultra-Lebar 50MP, mampu merakam video sehingga 4K pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, serta menampilkan keupayaan video ProStable.

ZERO 40 5G juga merupakan yang pertama menyokong penangkapan lancar dan cekap dengan sambungan GoPro.

Infinix ZERO 40 5G Dilancarkan, Kolaborasi Dengan GoPro Dan Tersedia Sokongan AI
Infinix ZERO 40 5G dilengkapi dengan kamera depan dan belakang Ultra-Wide 50MP serta kamera utama belakang OIS 108MP, dikuasakan oleh keupayaan video ProStable.

Dipacu pemproses D8200 Ultimate 5G dan menyokong storan sehingga 256GB, peranti ini juga dilengkapi paparan AMOLED melengkung 3D bersaiz 6.78 inci, Extended RAM sehingga 24GB, menyokong Caj Super 45W dan naik taraf kepada Android 16 dengan Kemas Kini Tampalan Keselamatan 3 Tahun.

Berdaya AI sepenuhnya, ia termasuk alat lanjutan untuk penyuntingan foto dan video, pembantu suara dan banyak lagi.

Infinix ZERO 40 5G boleh didapati di Malaysia mulai hari ini pada hanya RM1,699 untuk varian 12GB+256GB dalam pilihan warna Violet Garden, Moving Titanium dan Rock Black.

Infinix ZERO 40 5G Key Visual

Malah sempena pelancarannya, Infinix menawarkan Kit Pencipta Pakar VLOG percuma yang terdiri daripada Gimbal Stabilizer dan Magnetic Powerbank 10000 mAh bernilai RM499 (Sementara Stok Masih Ada).

Beli telefon pintar Infinix dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clklmh5
  • Lazada – https://invol.co/clklmh9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Infinix Sekali Lagi Dalam "Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2024"
  • Infinix Note 40X 5G Dijual Dengan Harga RM849 Di Malaysia
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY