Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Susah Cari ‘Programmer’? Syarikat Ini Guna AI Untuk Selesaikan Masalah Itu

Susah Cari ‘Programmer’? Syarikat Ini Guna AI Untuk Selesaikan Masalah Itu

Diterbitkan Mei 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Syarikat pemula tempatan, Krenovator, sedang membina platform berasaskan AI bagi membantu syarikat mencari bakat teknologi termasuk pembangun perisian dan penguji sistem dengan lebih pantas dan tepat.

Baru-baru ini, mereka menerima suntikan dana permulaan daripada firma pelaburan Ignite Asia, bagi memperluas capaian dan memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti “Software Tester as a Service” (STaaS).

Ini membolehkan syarikat mengakses tenaga penguji perisian atas permintaan, sesuai untuk organisasi yang ingin mempercepatkan proses jaminan kualiti (QA).

Tidak seperti platform kerja umum, Krenovator memberi tumpuan kepada industri teknologi sahaja. Algoritma pemadanan mereka bukan sekadar menilai resume, malah mengambil kira kesesuaian teknikal dan budaya kerja sekali gus menjadikan proses onboarding lebih lancar.

Dengan pendekatan ini, AI cari bakat teknologi bukan lagi sekadar idea. Ia sedang dilaksanakan oleh syarikat Malaysia yang mahu bersaing di peringkat serantau.

Berkaitan

  • Syarikat Pemula Malaysia Ini Diiktiraf Baik Pulih Pelbagai Produk Apple Dan realme
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • PayNet Lancar Hab Fintech, Tawar Lebih RM4 Juta Sokongan Untuk Startup Tempatan
  • Touch Card Pertama Di Malaysia – Bank Rakyat Jadi Perintis Kad Mesra OKU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY