Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PayNet Lancar Hab Fintech, Tawar Lebih RM4 Juta Sokongan Untuk Startup Tempatan

PayNet Lancar Hab Fintech, Tawar Lebih RM4 Juta Sokongan Untuk Startup Tempatan

Diterbitkan Mei 6, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Startup fintech Malaysia kini ada peluang besar untuk berkembang. Payments Network Malaysia (PayNet) baru sahaja melancarkan Hab Fintech PayNet, sebuah platform komuniti dan pemecut (accelerator) yang dibina khas untuk menyokong pertumbuhan syarikat pemula dalam sektor kewangan digital.

Hab ini menawarkan lebih sekadar peluang jaringan. Ia memberi akses langsung kepada modal, mentor industri, pelabur strategik, serta sokongan kewangan bernilai lebih RM4 juta — termasuk kredit cloud, ruang kerja, dan khidmat nasihat profesional.

Hab Fintech PayNet dibina berasaskan dua komponen utama, iaitu Community dan Catalyst.

Untuk komponen Community, startup terpilih akan menyertai sebuah ekosistem kolaboratif yang merangkumi sesi bimbingan intensif lebih daripada 450 jam bersama pakar industri, serta peluang untuk dipadankan dengan pihak bank, syarikat teknologi, dan pelabur strategik.

Selain itu, peserta juga akan menerima pelbagai bentuk sokongan kewangan seperti:

  • Kredit bernilai RM1 juta daripada PayNet,
  • Khidmat nasihat profesional dalam bidang seperti undang-undang, kewangan dan sumber manusia bernilai lebih RM600,000,
  • Kredit cloud sehingga RM3 juta, dan
  • Ruang kerja bersama yang ditaja sepenuhnya.

Bagi komponen Catalyst, startup yang menunjukkan potensi tinggi akan dipilih untuk menyertai program pemecut selama 10 minggu yang dibiayai sepenuhnya oleh PayNet.

Program ini dibangunkan bersama Imperial College London, salah satu institusi terkemuka dunia, dan merangkumi latihan intensif bersama ahli fakulti mereka, lawatan seminggu ke UK, serta peluang untuk membentangkan idea di hadapan pelabur antarabangsa dan rakan korporat global.

Melalui kerjasama dengan AWS, peserta Catalyst juga akan dapat akses kepada perkhidmatan cloud dan menyertai program Fintech Innovation Sandbox.

Matlamat utama pelancaran Hab Fintech PayNet adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab fintech terkemuka di rantau ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PayNet, Farhan Ahmad, inisiatif ini diwujudkan bagi membantu syarikat pemula tempatan bersaing dalam era teknologi yang bergerak pantas, termasuk kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI), sambil menyatukan ekosistem fintech yang sebelum ini agak terpisah.

Berkaitan

  • PayNet Perkenal Program Akar, Tawar Latihan AWS Cloud Percuma Untuk Generasi Muda
  • RHB Bank Dan PayNet Lancar Dynamic DuitNow QR Soundbox Dengan Ciri Pad Kekunci
  • Pelajar IPT Semakin Digital, Kempen PayNet Bukti Kampus Bebas Tunai Jadi Realiti
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY