Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad bank rakyat orang buta

Touch Card Pertama Di Malaysia – Bank Rakyat Jadi Perintis Kad Mesra OKU

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh ariff bukhari

Bank Rakyat dan Mastercard telah bekerjasama untuk memperkenalkan Touch Card™, kad bank dengan rekaan lekuk khas yang membantu pengguna OKU penglihatan mengenali kad mereka dengan sentuhan.

Ia meruapakan satu usaha untuk membolehkan perkhidmatan kewangan boleh diakses oleh semua.

Touch Card™ ini hadir dalam 3 rekaan untuk 3 jenis kad Bank Rakyat iaitu bulat untuk kad debit, petak untuk kad kredit dan segi tiga untuk kad prabayar.

Bank Rakyat Debit Card-i

Bank Rakyat menyatakan, kesemua kad ini direka untuk keselamatan, inklusiviti & kebebasan bagi 64,000 individu OKU penglihatan di Malaysia.

Jadi, walaupun tiada nombor timbul dicetak pada permukaan kad tersebut, ia akan tetap mudah dikenali oleh golongan OKU penglihatan.

Bank Rakyat turut memaklumkan, sejak April 2025, mereka telah memperkenalkan Touch Card™ kepada kad Muslimah Credit Card-i & Debit Card-i.

Bank Rakyat Muslimah Credit Card-i

Bank Rakyat menyokong komuniti cacat penglihatan dengan menjalin kerjasama dengan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di mana 30 ahli PERTIS telah pun menerima kad Touch Card™ + insentif RM200 melalui Debit Card-i.

Usaha ini sekali gus menjadikan Bank Rakyat sebagai bank Islam pertama di Malaysia yang melaksanakan inovasi ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Cat Baharu Nissan Bantu Kekalkan Suhu Sejuk Kereta Di Bawah Panas Terik
  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY