Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Secondlifeasia expands to Thailand, through joint venture with Appidea Co., Ltd, (left) Secondlifasia’s CTO & Co-founder, Alan Lee and CEO & Co-founder, Jerome Teh

Syarikat Pemula Malaysia Ini Diiktiraf Baik Pulih Pelbagai Produk Apple Dan realme

Diterbitkan Februari 16, 2024 · Dikemas kini Februari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Secondlifeasia merupakan Pembekal Pembaikan Bebas (IRP) terkemuka yang diperakui.

Syarikat ini khusus menyediakan penyelesaian pembaikan yang tulen dan mampan untuk pelbagai peranti Apple dan juga diiktiraf oleh Pusat Perkhidmatan Sah realme untuk spektrum peranti yang luas termasuk peranti Internet of Things (IoT).

Sejak ditubuhkan pada 2019 dahulu, syarikat pemula tempatan ini telah membina ekosistem dengan 35 cawangan di seluruh Malaysia dan menyediakan perkhidmatan perlindungan dan pembaikan peranti berlabel putih untuk pelbagai penyedia perkhidmatan.

Screenshot 2024-02-16 162825

*Pusat pembaikan luar jaminan pertama Secondlifeasia untuk barisan produk Apple termasuklah AirPods, iPhone, iPad, iMac, AirPods, dan MacBooks terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara, Mont Kiara, dan Bangsar.

Kini, Secondlifeasia mengumumkan, mereka mengembangkan perniagaan mereka ke negara jiran Thailand, melalui usaha sama dengan Appidea Co., Ltd dengan pelaburan awal sebanyak USD250,000 (~RM1,193,500.00). 

Perkembangan ini akan menyaksikan Secondlifeasia secara strategik menubuhkan sejumlah 3 cawangan baru yang terletak di Thailand menjelang akhir tahun 2024.

Cawangan-cawangan ini juga akan menyediakan pembaikan segera untuk pelanggan pelan perlindungan peranti dalamannya yang dikenali sebagai Guard Genius.

Dikuasakan teknologi AI  yang dipanggil Sandy AI, Guard Genius menawarkan pelan perlindungan tersuai yang disesuaikan untuk pangkalan telefon pintar baharu dan luar jaminan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Secondlifeasia,layari laman rasmi Secondlifeasia IRP | iPhone Service Malaysia | Macbook Service.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal Sora - Boleh Hasilkan Video AI Daripada Teks
  • Cepat Muat Turun 'Game' Lumba Berharga RM79 Ini Sementara Percuma
  • Prapesan Siri realme 12 Dengan Hanya RM12 Sahaja

Sumber: Siaran media Secondlifeasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY