Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah

Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah

Diterbitkan Disember 28, 2023 ยท Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh ariff bukhari

Xiaomi hari ini melancarkan EV pertama mereka, SU7. Xiaomi menyatakan, SU7 mereka adalah sebuah EV berprestasi dan premium di mana ia membandingkannya dengan EV Porsche dan Tesla.

Malah SU7 didakwa lebih pantas dan baik dari pelbagai segi dari model EV dua syarikat tersebut.

SU7 mampu memecut sepantas 2.78 saat dari 0 ke 100km/j dan mencapai kelajuan maksimum selaju 265km/j.

Screenshot 2023-12-28 at 4.29.09 PM
Screenshot 2023-12-28 at 4.29.55 PM

Malah untuk mencapai kelajuan 200km/j pula, SU7 mampu mencapainya hanya dalam masa 10.67 saat sahaja.

Screenshot 2023-12-28 at 4.33.05 PM

Tidak sekadar berprestasi, bateri EV Xiaomi ini juga mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 800km. Malah dengan ciri pengecasan pantas, SU7 mampu dipandu sejauh 390km selepas dicas selama 10 minit sahaja.

Screenshot 2023-12-28 at 4.41.28 PM
Screenshot 2023-12-28 at 4.39.54 PM

Harga jualan bagi SU7 ini belum didedahkan. Tetapi CEO Xiaomi menyatakan bahawa harganya akan sedikit mahal tetapi berbaloi dengan kualiti dan prestasi yang diberikan.

Hadir dalam 2 edisi, Xiaomi SU7 dan SU7 Max, spesifikasi penuh untuk SU7 ini akan didedahkan lebih lanjut dalam beberapa bulan akan datang.

Screenshot 2023-12-28 at 4.49.02 PM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY