Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam early access

Steam Akan Papar Amaran Jika ‘Game Early Access’ Tidak Lagi Dikemas Kini

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Valve telah memperkenalkan ciri baharu di Steam yang memberi amaran kepada pengguna jika sesebuah permainan dalam ‘Early Access’ tidak menerima kemas kini dalam tempoh lebih setahun.

Langkah ini bertujuan membantu pengguna mengenal pasti permainan yang masih dalam pembangunan aktif dan mengelakkan pembelian permainan yang mungkin sudah ditinggalkan oleh pembangunnya.

Steam Akan Papar Amaran Jika ‘Game Early Access’ Tidak Lagi Dikemas Kini

Kini, jika sesebuah permainan tidak dikemas kini selama 12 bulan, Steam akan memaparkan mesej amaran di kotak ‘Early Access’:

“Kemas kini terakhir oleh pembangun adalah lebih [X] bulan yang lalu. Maklumat dan garis masa yang dinyatakan mungkin tidak lagi relevan.”

Amaran ini akan terus dikemas kini secara bulanan dan tahunan selepas tempoh 12 bulan berlalu.

Dengan semakin banyak permainan menggunakan model ‘Early Access’—mencecah 2,605 judul pada tahun lalu—ciri ini bakal membantu pemain membuat keputusan lebih bijak sebelum membeli sesuatu permainan.

Berkaitan

  • Steam Keluarkan Notis - Anda Hanya Beli Lesen, Bukan ‘Game’
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pemain Di Steam Banyak Habiskan Masa Main 'Game' Lama Pada 2024
  • Valve Sahkan Yang SteamOS Tidak Terhad Untuk Steam Deck Sahaja

Sumber: Eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY