Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Go SteamOS

Valve Sahkan Yang SteamOS Tidak Terhad Untuk Steam Deck Sahaja

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Valve bakal meluaskan penggunaan SteamOS pada tahun 2025. Selain Lenovo menjadi syarikat pertama melancarkan peranti SteamOS pihak ketiga iaitu Lenovo Legion Go S, Valve juga akan membolehkan pengguna memasang SteamOS pada peranti lain bermula selepas Mac 2025 melalui versi beta.

Menurut Pierre-Loup Griffais, salah seorang pereka utama Steam Deck, Valve telah menambah sokongan untuk kawalan pada peranti seperti Asus ROG Ally. SteamOS juga dijangka berfungsi dengan baik pada peranti seperti Lenovo Legion Go berdasarkan pengalaman komuniti Linux gaming.

Valve menegaskan bahawa SteamOS adalah platform tunggal untuk semua peranti, dengan sokongan kemas kini perisian dan shaders yang sama, tetapi dengan penyesuaian untuk keserasian perkakasan. Buat masa ini, Lenovo adalah satu-satunya rakan kongsi rasmi Valve untuk SteamOS.

Pengguna peranti lain boleh mencuba SteamOS, tetapi Valve tidak menjamin prestasi sempurna pada semua peranti. Namun, mereka terbuka untuk kerjasama dengan pengeluar lain.

Pada pandangan peribadi, saya memang menyambut baik penggunaan SteamOS dalam konsol permainan mudah alih kerana jauh lebih memudahkan berbanding Windows. Ia dilihat lebih ‘straight forward’ dan peranti sebegini memang dicipta untuk bermain game.

Berkaitan

  • ROG Ally Disahkan Menyokong Sistem Operasi SteamOS
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Lenovo Legion Go S Diumum - Hadir Dalam Variasi Windows Dan SteamOS, Harga Bermula RM3,299

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY