Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Mini Malaysia RM930_2

Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

Starlink Mini yang diperkenalkan tahun lalu kini rasmi ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Secara ringkas, Starlink Mini merupakan kit kompak mudah alih yang direka dengan penghala (router) terbina. Bermakna, secara asasnya penghala berasingan tidak diperlukan.

Starlink Mini Malaysia_4
Starlink Mini Malaysia_5

Dijual pada harga RM930 untuk perkakasan, ia hadir dengan sokongan Wi-Fi 5, penarafan IP67, purata penggunaan kuasa sekitar 25-40W, kelajuan muat turun maksimum melebihi 100Mbps serta boleh menampung sehingga 128 peranti serentak.

Sebagai perbandingan, kit Starlink Standard ketika ini berharga RM1,600 untuk perkakasan.

Starlink Mini Malaysia RM930_1

Perlu diketahui bahawa harga yang dinyatakan hanya untuk kos perkakasan. Untuk langganan perkhidmatan internet satelit, kedua-dua kit ditawarkan pada harga RM129/bulan bagi Kediaman Lite dan RM220/bulan untuk Kediaman.

Bagi yang berminat, Starlink Mini boleh dibeli melalui pengedar sah seperti GLOO, iTworld atau laman rasmi Starlink Malaysia.

Berkaitan

  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
  • SpaceX Lancar Starlink Mini, Lebih Mahal Dari Kit Standard
  • Pelan Langganan Starlink Kini Serendah RM129/bulan
  • Starlink Tawar Kredit RM1,200 - Boleh Nikmati 5 Bulan Langganan Percuma
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY