Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar

Starlink hari ini mengumumkan perkhidmatan internet satelit telah tersedia di Malaysia dan pengguna sudah boleh membuat tempahan untuk Kit Starlink.

{suggest}

Menerusi laman web Starlink, pengguna boleh membuat tempahan tanpa kontrak dengan tempoh percubaan selama 30 hari.

https://twitter.com/Starlink/status/1683673673105018881

Starlink menyediakan dua pilihan perkakasan peranti untuk perkhidmatan internet satelit, iaitu Standard dan High Performance, yang boleh beroperasi dalam suhu -30°C to 50°C.


Standard


Bagi perkakasan Standard, ianya ditawarkan pada harga RM2,300. Perkakasan Standard sesuai untuk digunakan di kawasan kediaman dengan penggunaan internet setiap hari.



Kit Starlink Standard mempunyai sokongan Wi-Fi 5, penarafan IP54 serta purata penggunaan kuasa sekitar 50 hingga 75W.

High Performance


Menurut Starlink, High Performance sesuai digunakan untuk perusahaan dan penggunaan yang lebih tinggi. Prestasi tambahan bagi High Performance, berbanding dengan Standard termasuk:

  • Rintangan cuaca yang lebih baik.

  • 3x kelajuan lebih baik pada suhu >35°C.

  • Capaian satelit yang lebih baik. Peranti Starlink memerlukan pandangan langit yang jelas untuk berhubung dengan satelit. Melalui High Performance, ia mempunyai keterlihatan 35% lebih baik dan seterusnya membantu lokasi yang mempunyai halangan tidak dapat dielakkan.




High Performance mempunyai sokongan penarafan persekitaran IP56, sementara penghalanya didatangkan dengan sokongan Wi-Fi 5, Dual Band - 3 x 3 MIMO, WPA-2 dan lain-lain. Purata penggunaan kuasa adalah 110 hingga 150W.

Untuk perkakasan High Performance, ianya tersedia pada harga RM11,613.

Harga Perkhidmatan Internet Satelit


Harga yang disenaraikan untuk Standard dan High Performance adalah untuk perkakasan sahaja. Bagi perkhidmatan internet satelit, pengguna perlu membayar RM220/sebulan untuk kelajuan 100 Mbps.

Langganan tersedia tanpa kontrak dengan tempoh percubaan 30 hari. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Starlink.