Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink promo_featured image

Starlink Tawar Kredit RM1,200 – Boleh Nikmati 5 Bulan Langganan Percuma

Diterbitkan Ogos 18, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 18, 2025 oleh Amalina Athman

Starlink kini menawarkan promosi dengan kredit perkhidmatan bernilai RM1,200. Melalui tawaran ini, pengguna boleh menikmati langganan percuma untuk tempoh kira-kira 5 bulan.

Namun begitu, promosi ini hanya ditawarkan kepada pengguna yang mendaftar Pelan Kediaman Standard dengan kontrak selama 12 bulan. Pelan Kediaman Standard Starlink berharga RM220/bulan dengan data tanpa had di lokasi tetap.

starlink promo_3
starlink promo_5

Sekiranya perkhidmatan dibatalkan selepas tempoh percubaan 30 hari dan sebelum 12 bulan perkhidmatan, atau jika berlaku perubahan pada pelan, alamat ataupun pemindahan Kit, pengguna akan dikenakan Yuran Perubahan sebanyak RM1,200. Jumlah yuran ini akan dikira secara prorata berdasarkan bulan pembatalan.

Selain itu, perlu diketahui bahawa pengguna masih perlu menanggung kos perkakasan berasingan berjumlah RM1,600 untuk Starlink Standard Kit.

starlink promo_6

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dengan caj penghantaran dan pengendalian sebanyak RM89, atau melalui pengedar sah Starlink.

Berkaitan

  • TMT Kini Pengedar Sah Starlink Di Malaysia
  • Pelan Langganan Starlink Kini Serendah RM129/bulan
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY