Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027

Starlink Rancang Lancar Satelit ‘Direct-to-Cell’ Gen-2 Bermula 2027

Diterbitkan Mac 3, 2026 oleh ariff bukhari

Starlink mengumumkan pada Isnin bahawa ia merancang untuk mula melancarkan generasi kedua satelitnya tahun depan yang akan membolehkan perkhidmatan “direct-to-cell” tanpa perlu melalui antena darat.

“Kami akan mula melancarkan pada pertengahan 2027 menggunakan Starship, dan kami akan dapat menempatkan buruj satelit dengan sangat pantas,” kata Michael Nicolls, Naib Presiden Kejuruteraan Starlink di SpaceX, merujuk kepada roket pelancar super berat milik syarikat itu.

Buruj baharu itu pada peringkat awal akan terdiri daripada 1,200 satelit.

“Matlamat Starlink Mobile, yang akan diperkasa oleh buruj generasi kedua ini, adalah untuk menyediakan sambungan seperti rangkaian darat apabila anda berhubung dengan sistem satelit,” kata Nicolls ketika berucap di Mobile World Congress di Barcelona.

Perkhidmatan itu dijangka mula beroperasi enam bulan selepas pelancaran pertama dilakukan.

Ketika ini, Starlink mempunyai lebih 9,000 satelit di orbit, termasuk kira-kira 600 yang dilengkapi teknologi “direct-to-cell”.

Syarikat milik bilionair Amerika Syarikat, Elon Musk, itu telah bekerjasama dengan beberapa pengendali rangkaian selular bagi menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun, Nicolls berkata Starlink berharap dapat menggunakan frekuensi yang dibelinya pada November 2025 daripada pengendali AS, EchoStar, bernilai AS$17 bilion, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa Starlink sedang bekerjasama rapat dengan pengeluar telefon bagi memastikan sebanyak mungkin peranti dapat mengakses perkhidmatan tersebut. – AFP.

Berkaitan

  • Indonesia Pengguna Ke-3 Terbesar Starlink
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY