Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Malaysia_

Starlink Gantikan Pelan Kediaman Lite Dengan Kediaman 100 Mbps, Harga Turut Naik

Diterbitkan Jun 24, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Amalina Athman

Starlink dilihat telah mengemas kini penawaran perkhidmatan internet satelitnya di Malaysia dengan menghentikan pelan Kediaman Lite dan menggantikannya dengan pelan Kediaman 100 Mbps. Pada masa sama, syarikat itu turut menaikkan harga langganan perkhidmatannya.

Mula dilaporkan oleh Lowyat.net, semakan pada laman rasmi Starlink menunjukkan pelan Kediaman Lite yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM129 sebulan tidak lagi disenaraikan. Sebagai gantinya, Starlink kini menawarkan pelan Kediaman 100 Mbps pada harga RM135 sebulan dengan data tanpa had serta kelajuan muat turun yang dihadkan kepada 100Mbps.

Starlink Malaysia Jun 2026_
Harga baharu
Starlink Malaysia Mac 2026_wayback
Harga lama

Selain itu, harga pelan Kediaman standard turut meningkat daripada RM220 kepada RM235 sebulan. Walaupun berlaku kenaikan harga, pelan tersebut masih mengekalkan data tanpa had dengan kelajuan muat turun sehingga 400+ Mbps.

Difahamkan, pelarasan harga baharu ini telah mula dilaksanakan kepada pelanggan sedia ada sejak 18 Jun, bergantung pada kitaran bil masing-masing. Menurut Starlink, pelarasan tersebut dibuat bagi menyokong pelaburan dan penambahbaikan berterusan terhadap produk serta perkhidmatannya, selari dengan peningkatan kos operasi global.

Perubahan di Malaysia bagaimanapun berbeza dengan beberapa pasaran lain seperti Amerika Syarikat dan Australia. Di negara tersebut, pelan Kediaman Lite dijenamakan semula sebagai Kediaman 200 Mbps, manakala Kediaman 100 Mbps diperkenalkan sebagai pilihan tambahan yang lebih mampu milik.

Namun begitu, masih belum diketahui sekiranya Starlink akan turut memperkenalkan pelan Kediaman 200 Mbps untuk pasaran tempatan pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Pelan Langganan Starlink Kini Serendah RM129/bulan
  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Singapore Airlines Guna Starlink Untuk Wi-Fi Dalam Pesawat Bermula 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY