Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion

SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion

Diterbitkan September 5, 2024 · Dikemas kini September 5, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut Bernama, sumbernya memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada tuntutan yang mengandungi butiran palsu, melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Hasil penggeledahan di pejabat kerajaan dan YTL, sejumlah dokumen dilaporkan telah disita. Pihak SPRM juga sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan, mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, YTL dalam kenyataannya mengesahkan bahawa SPRM telah meminta maklumat mengenai Projek 1 BestariNet daripada anak syarikat YTL Comms.

YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung perkara ini dan percaya ia akan diselesaikan sebaiknya.

Untuk rekod, Projek 1BestariNet telah dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh KPM menerusi tender terbuka melibatkan 19 syarikat yang menawarkan tender untuk projek itu.

YTL Comms dipilih berikutan syarikat itu merupakan pembida paling patuh secara teknikal serta paling kos efektif. Projek tersebut telah disahkan oleh KPM sebagai berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak, bertarikh 30 Jun 2019.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia
  • Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa, Hanya 5 Kategori Pegawai Boleh Pegang Kad Pengenalan
  • YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini

Sumber: BERNAMA (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY