Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Wide

Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa, Hanya 5 Kategori Pegawai Boleh Pegang Kad Pengenalan

Diterbitkan Mac 6, 2024 ยท Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, pengguna mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana pengawal keselamatan meminta kad pengenalan sebelum dibenarkan masuk sesetengah premis kediaman.

Walaupun adakalanya ragu-ragu, kad pengenalan terpaksa diserahkan bagi membolehkan akses masuk, selain untuk tujuan keselamatan pemilik premis kediaman.

Namun, bolehkah jika pengawal keselamatan atau sesiapa sahaja memegang kad pengenalan individu lain?

Berkaitan

  • MyKad Hilang Atau Rosak? Ini Cara Tukar IC Secara 'Online'
  • Elak Kad Pengenalan Disalah Guna, JPN Saran Untuk Lakukan Ini
  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan.

Menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, hanya 5 kategori pegawai yang diberi kuasa untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain.

  1. Pegawai Pendaftaran
  2. Pegawai Polis
  3. Pegawai Kastam
  4. Anggota Tentera Yang Bertugas
  5. Pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Ia berikutan kad pengenalan merupakan dokumen identiti diri yang penting bagi seseorang yang bertaraf warganegara. Dengan memberikan kad pengenalan kepada pihak tidak sepatutnya, ia mendedahkan individu terhadap risiko eksploitasi untuk kegiatan jenayah dan sebagainya.

Kalau polis bantuan boleh pegang ke?

Menurut Seksyen 50 Akta Polis 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan menetapkan tugas, kuasa dan keistimewaan pegawai polis bantuan dan kawasan dalam mana-mana tugas, kuasa dan keistimewaan itu boleh dijalankan oleh pegawai berkenaan.

Bermakna, kuasa polis bantuan adalah sama dengan pegawai polis tetapi terhad di kawasan tanggungjawabnya sahaja.

Sekiranya polis bantuan bertugas bersama dengan pemantauan pegawai polis walaupun di luar kawasan, ia juga mempunyai kuasa yang sama seperti pegawai polis.

Kesalahan pegang kad pengenalan individu lain

Mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: JPN, PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY