Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini

YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Julai 23, 2024 ยท Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh Amalina Athman

Konsortium Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd merancang untuk melancarkan bank digitalnya menjelang akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Sea Capital Services Bhd berkata garis masa pelancarannya kekal sejajar dengan rancangan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Tarikh permulaan kami yang diluluskan pada penghujung 2024 kekal tidak berubah.

Bagi yang belum maklum, Sea Ltd ialah syarikat induk platform e-dagang Shopee. Konsortiumnya dengan YTL Digital Capital merupakan antara lima pemohon yang berjaya mendapatkan lesen bank digital yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Bagaimanapun, YTL-Sea dan KAF Investment Bank adalah satu-satunya yang masih belum melancarkan bank digital masing-masing.

GXBank telah dilancarkan pada 30 November 2023, diikuti oleh AEON Bank pada 26 Mei dan Boost Bank pada 6 Jun tahun ini.

Berkaitan

  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • AEON Bank Kini Rasmi - Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • Boost Bank Lancar Aplikasi Bank Digital, Kadar Faedah Harian Sehingga 3.2% p.a.

Sumber: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY