Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia

Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia

Diterbitkan Disember 9, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam usaha memacu perkembangan dan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dengan lebih pesat, NVIDIA Corporation menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jensen Huang telah memaklumkan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang telah mengadakan perbincangan bersama Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Dato’ Yeoh Seok Hong.

NVIDIA akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL yang membina pusat data AI melibatkan pelaburan berjumlah RM20 bilion.

YTL telah pun memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem Awan AI berpengkalan di Malaysia.

Perdana Menteri tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Kerajaan telah mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara, iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia bagi memperhebat penerokaan bidang AI di negara ini.

Berkaitan

  • Korea Selatan Akan Perkenal Buku Teks Digital AI Mulai 2025
  • Belanjawan 2024: Pusat Pengajian AI Pertama Negara Ditubuhkan
  • Permohonan Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY