Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Naikkan Harga Langganan Di Beberapa Negara

Spotify Umum Kenaikan Harga Langganan – Ini Perubahan Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan Ogos 4, 2025 · Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify kini mengumumkan kenaikan harga untuk pelan langganan Premium di pelbagai pasaran, termasuk Malaysia.

Menurut Spotify, pengguna Premium di pasaran seperti Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik akan menerima notis rasmi mengenai perubahan harga ini dalam tempoh sebulan akan datang.

notis kenaikan harga spotify 2025
contoh e-mel yang akan diterima

Bagi pengguna baharu, harga langganan telah pun dinaikkan dan boleh disemak melalui laman rasmi Spotify.

Sebagai rujukan, kadar langganan sebelum ini ialah RM15.90 (Individual), RM8.50 (Student), RM21.50 (Duo) dan RM24.90 (Family).

Dengan pelarasan harga baharu, pelan Individual kini berharga RM17.50 sebulan, manakala pelan Student dikenakan RM9.50 sebulan. Harga langganan pelan Family dan Duo masing-masing dinaikkan kepada RM27.90 dan RM24.50.

harga langganan spotify 2025_

Untuk maklumat lanjut atau semakan terkini, pengguna boleh melayari spotify.com/premium.

Berkaitan

  • Spotify Premium Family Di Malaysia Kini Terhad Kepada 4 Akaun Untuk Pelanggan Baharu
  • Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna 'Snooze' Lagu Sehingga 30 Hari
  • Lebih Sejuta Pendengar Di Spotify, Tapi Band Ini Sebenarnya Tak Wujud
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY