Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Velvet Sundown

Lebih Sejuta Pendengar Di Spotify, Tapi Band Ini Sebenarnya Tak Wujud

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Sebuah band indie rock bernama Velvet Sundown, yang telah meraih lebih sejuta pendengar bulanan di Spotify, mengaku sebagai projek muzik yang dihasilkan sepenuhnya dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Selepas menjadi tular dan mencetuskan perdebatan hebat dalam talian, profil Spotify mereka dikemas kini dengan penjelasan bahawa semua elemen seperti muzik, lirik, suara dan watak adalah hasil ciptaan AI sebagai satu bentuk “provokasi artistik”.

Akaun media sosial kumpulan itu yang baru diwujudkan turut menimbulkan keraguan, dengan gambar ahli kumpulan kelihatan seperti dihasilkan AI (kalau sekali pandang memang nampak AI) serta maklumat bercanggah tentang identiti mereka.

Fenomena ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar terhadap sempadan antara karya asli dan ciptaan AI yang semakin kabur.

Laporan antarabangsa oleh CISAC sebelum ini memberi amaran bahawa pendapatan artis boleh merosot lebih 20 peratus dalam tempoh empat tahun akibat pertumbuhan pesat muzik AI.

Sementara itu, platform seperti Spotify enggan mengulas lanjut, manakala pesaingnya, Deezer, telah meletakkan amaran khas pada muzik Velvet Sundown sebagai kandungan berunsur AI.

Deezer turut melaporkan peningkatan mendadak kandungan muzik yang dijana AI dan kini mewakili 18 peratus daripada semua muat naik harian.

Disebabkan itu, Deezer sebelum ini mengambil tindakan ke atas lagu yang dijana AI di mana mereka tidak membuangnya tetapi menghentikan pendapatan bagi memastikan royalti tidak dialihkan daripada artis sebenar.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Deezer Ambil Tindakan Ke Atas Lagu Janaan AI
  • 'Tamparan' Buat Apple, Eksekutif Penting AI Dilapor Sertai Meta
  • Rusia Dilaporkan Uji Dron AI Dikuasakan Superkomputer NVIDIA Berharga ~RM1,170

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY