Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spotify snooze_

Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna ‘Snooze’ Lagu Sehingga 30 Hari

Diterbitkan Mei 8, 2025 ยท Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan “Snooze”, membolehkan pengguna untuk ‘berehat sebentar’ daripada lagu tertentu dalam cadangan muzik.

Ciri ini akan muncul apabila pengguna memilih untuk menyembunyikan lagu tertentu daripada senarai main (playlist), dan Spotify tidak akan mencadangkan lagu tersebut selama 30 hari.

Pada masa ini, ciri Snooze sedang diuji dalam kalangan pengguna Spotify Premium, dengan rancangan untuk diperluaskan kepada lebih ramai pendengar tidak lama lagi.

Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna ‘Snooze’ Lagu Sehingga 30 Hari

Bersama kemas kini ini, Spotify turut memperkenalkan perubahan pada butang Hide – apabila ditekan, lagu yang dipilih akan dikeluarkan daripada senarai main di semua peranti, bukan lagi hanya pada peranti yang digunakan ketika itu.

Selain itu, Spotify telah memperbaharui ciri “Queue” untuk pengguna Premium, termasuk akses yang lebih mudah kepada kawalan Shuffle, Smart Shuffle, Repeat dan Sleep Timer. Pengguna Premium juga akan mula melihat lagu-lagu yang dicadangkan oleh Spotify selepas lagu dalam giliran main tamat.

Antara lainnya, Spotify turut memperkenalkan alat pengurusan senarai main mudah alih. Kini, di bahagian atas setiap senarai main, pengguna dengan mudah boleh mengakses ke butang Add, Sort dan Edit untuk mencipta senarai lagu, menukar tajuk senarai main, mencipta ‘cover art’ tersuai dan menyusun lagu.

Berkaitan

  • Spotify Mula Sekat Pengguna 'Spotify Mod'
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Kongsi Lagu Spotify Dalam Status
  • Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY