Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Spotify Premium Family Di Malaysia Kini Terhad Kepada 4 Akaun Untuk Pelanggan Baharu

Posted on November 25, 2024November 25, 2024

Spotify Premium Family ialah sebuah pelan yang menyokong sehingga 6 akaun berbeza dalam satu bil iaitu RM24.90 sebulan. Namun, laman web Spotify Malaysia kini telah mengemaskininya.

Kini, pelan Spotify Premium Family untuk pengguna di Malaysia hanya menyokong setakat 4 akaun sahaja pada harga sama iaitu RM24.90. Namun, perubahan ini tidak dikenakan kepada pelanggan Premium Family sedia ada.

spotify family 4 org

Dalam perubahan ini, walaupun ahli dikurangkan kepada 4 akaun, pengguna (Plan Manager) boleh menambah lagi 2 akaun (maksimum)  dengan caj tambahan sebanyak RM7.90 untuk setiap akaun.

Ini menjadikan pelan ini kini berharga RM40.70 jika untuk 6 akaun (4 akaun + 2 akaun tambahan). Secara matematiknya, berlaku peningkatan sebanyak RM15.80 untuk jumlah akaun yang sama jika dibandingkan dengan harga lama.

spotify family 4 org

Langkah ini nampaknya sama seperti dilakukan Netflix di mana ‘tuan pelan’ perlu membayar caj tambahan jika mahu membenarkan pengguna lain yang tidak tinggal serumah menggunakan Netflix di luar kawasan.

Apakah pengguna sedia ada turut terkesan?

Saya sendiri adalah antara pengguna pelan Premium Family ini tetapi saya dapati masih tiada perubahan dilaksanakan kepada pelan saya di mana kesemua 6 ahli masih lagi kekal dalam ‘keluarga’ yang sama, pada harga yang sama.

Kami telah menghubungi Spotify dan mereka menjelaskan bahawa  pengurangan ahli daripada 6 kepada 4 akaun ini hanya dilaksanakan kepada pelanggan baharu pelan Premium Family atau mereka yang mahu melanggan semula.

Menurut Spotify, perubahan terhadap pelan ini telah dilaksanakan sejak 12 November lalu di Malaysia dan turut melibat beberapa negara Asia, Amerika Selatan dan Eropah.

https://x.com/malgeumei/status/1859954339638657378?s=46

Sudahlah hingga sekarang tidak tersedia versi HiFi, pelan keluarga pula dikurangkan ahli. Kepada pelanggan sedia ada, kongsikan dengan kami, apakah anda akan meneruskan langganan atau akan berpindah ke platform penstriman lain?

{suggest}

Sumber: Spotify Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress