Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Wrapped 2025_2

Pengguna Spotify Kini Boleh Akses ‘Wrapped 2025’

Diterbitkan Disember 4, 2025 ยท Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify Wrapped kembali untuk tahun 2025 dengan beberapa ciri baharu berbanding edisi sebelumnya.

Spotify kini menambah satu kuiz baharu yang membolehkan pengguna meneka lagu yang paling kerap didengar sepanjang tahun sebelum jawapan sebenar didedahkan.

Wrapped Party turut diperkenalkan di peranti mudah alih, membolehkan pengguna menikmati sorotan muzik tahunan secara langsung bersama rakan. Ciri ini boleh diakses di penghujung pengalaman Wrapped peribadi, melalui hab Wrapped atau carian “Wrapped Party” dalam aplikasi Spotify.

Spotify Wrapped 2025_6

Selain itu, Spotify memperkenalkan Wrapped Clubs, di mana pengguna akan diklasifikasikan ke salah satu daripada enam kelab berdasarkan tabiat pendengaran sepanjang tahun.

Terdapat juga ciri baharu Listening Age, yang membandingkan citarasa muzik pengguna dengan orang lain dalam kumpulan umur yang sama, berdasarkan tahun keluaran lagu yang paling kerap didengar. Jika sering mendengar lagu baharu, Listening Age mungkin “lebih muda”.

Spotify Wrapped 2025_3
Spotify Wrapped 2025_5
Spotify Wrapped 2025_4

Antara ciri baharu lain termasuk Top Albums, Your Author Clip, Fan Leaderboard, serta Listening Archive.

Pengguna Spotify Kini Boleh Akses ‘Wrapped 2025’

Spotify Wrapped 2025 kini boleh diakses oleh pengguna Spotify Free dan Premium melalui aplikasi Spotify di iOS atau Android. Pengguna hanya perlu buka aplikasi dan mencari paparan Wrapped yang terletak di bahagian atas skrin Home atau membuat carian “2025 Wrapped”.

Berkaitan

  • Tak Perlu 'Shuffle', Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan
  • Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3
  • Pengguna Kini Boleh Akses Spotify Terus Dalam ChatGPT
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY