Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Pengguna Kini Boleh Akses Spotify Terus Dalam ChatGPT

Diterbitkan Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

OpenAI pada Isnin memperkenalkan ciri baharu untuk ChatGPT, model AI generatif terkemuka dengan 800 juta pengguna mingguan, yang kini mampu berinteraksi dengan aplikasi harian seperti Spotify dan Booking.com.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sam Altman, mengumumkan alat baharu itu semasa acara tahunan “Developer Day” di San Francisco.

Dikenali sebagai Apps SDK, ciri ini membolehkan ChatGPT berhubung dengan pelbagai aplikasi bagi memilih muzik, mencari hartanah, atau meneroka laman tempahan hotel dan penerbangan.

Spotify ChatGPT

Rakan kongsi awal termasuk Booking.com, Canva, Coursera, Figma, Expedia, Spotify dan Zillow, dilancarkan pada Isnin di pasaran masing-masing.

Tambahan seperti Uber, AllTrails dan DoorDash dijangka menyusul akhir tahun ini.

Buat masa ini, ciri tersebut belum tersedia di Eropah kerana peraturan ketat terhadap penggunaan data AI.

Langkah ini menandakan perkembangan besar keupayaan ChatGPT, menggabungkan elemen interaktif seperti peta dan senarai main dengan perbualan pintar.

Kini pengguna boleh meminta Spotify mencipta senarai lagu parti atau mencari rumah baharu terus dalam ChatGPT melalui Zillow. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3
  • Sennheiser MOMENTUM 4 Edisi Ulang Tahun Ke-80 Dilancar Pada Harga RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY