Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Perkenal Ciri ‘Messages’ – Kongsi Kandungan Terus Dalam Aplikasi

Spotify Perkenal Ciri ‘Messages’ – Kongsi Kandungan Terus Dalam Aplikasi

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify kini memperkenalkan ciri ‘Messages’ yang membolehkan pengguna berkongsi muzik, podcast serta cadangan buku audio antara satu sama lain tanpa perlu keluar daripada aplikasi.

Menurut Spotify, ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Free dan Premium berusia 16 tahun ke atas di beberapa pasaran terpilih melalui peranti mudah alih, bermula minggu ini.

Ciri ini diintegrasikan dengan fungsi kongsi sedia ada di Spotify. Semasa mendengar kandungan dalam paparan “Now Playing”, tekan ikon kongsi dan pilih rakan untuk menghantar mesej. Penerima boleh menerima atau menolak permintaan mesej, serta membalas dengan teks atau reaksi emoji.

Spotify Perkenal Ciri ‘Messages’ – Kongsi Kandungan Terus Dalam Aplikasi

Perbualan terhad kepada satu-ke-satu antara pengguna yang pernah berinteraksi melalui ciri Spotify seperti Jams, Blends, Collaborative Playlists, atau mereka yang berkongsi pelan Family atau Duo. Semua kandungan yang dikongsi disimpan dalam peti masuk Messages, yang boleh diakses melalui gambar profil di penjuru kiri atas.

Spotify memaklumkan bahawa perbualan dalam Messages dilindungi dengan penyulitan mengikut standard industri dan tertakluk kepada polisi pengawalan kandungan sedia ada platform tersebut.

Selain itu, perlu diketahui bahawa ciri ini tidak menggantikan perkongsian kandungan Spotify melalui Instagram, Facebook, TikTok atau platform lain. Sebaliknya, ia direka untuk melengkapkan integrasi tersebut.

Berkaitan

  • Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna 'Snooze' Lagu Sehingga 30 Hari
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Spotify Umum Kenaikan Harga Langganan - Ini Perubahan Untuk Pengguna Malaysia
  • Spotify Kini Ada Ciri Baru, Mirip AutoMix Dalam iOS 26

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY