Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Enabling-mixing spotify_

Spotify Kini Ada Ciri Baru, Mirip AutoMix Dalam iOS 26

Diterbitkan Ogos 20, 2025 · Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh Amalina Athman

Dengan iOS 26, Apple Music bakal memperkenalkan ciri AutoMix yang menggunakan AI untuk menghasilkan transisi unik antara lagu, seolah-olah dimainkan oleh DJ.

Menjelang pelancarannya bulan depan, Spotify nampaknya lebih awal melancarkan ciri audio mix yang menawarkan pengalaman hampir sama, tetapi dengan pendekatan sedikit berbeza.

Tidak seperti AutoMix yang berfungsi secara automatik, ciri Mix di Spotify memberikan pengguna lebih banyak kawalan untuk menyesuaikan transisi mengikut citarasa sendiri, sama ada melalui pelarasan volume, EQ atau bentuk perubahan bunyi (effect curve).

Enabling-mixing spotify

Pengguna Spotify Premium boleh mencuba ciri baharu ini dengan membuka mana-mana senarai main dalam aplikasi Spotify, kemudian klik pilihan “Mix” pada toolbar. Seterusnya, pengguna boleh pilih mod “Auto” untuk menghasilkan campuran transisi segera antara lagu, atau menyesuaikan transisi mengikut gaya sendiri.

Ciri ini menawarkan preset seperti “Fade” dan “Rise”, selain kawalan bunyi lebih terperinci serta data waveform dan rentak (beat).

Selain itu, Spotify turut berkongsi beberapa tips untuk membantu pengguna menghasilkan transisi lagu yang lebih kemas dan menarik.

Ciri ini kini mula ditawarkan dalam versi beta kepada pengguna Spotify Premium.

Berkaitan

  • Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna 'Snooze' Lagu Sehingga 30 Hari
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Lebih Sejuta Pendengar Di Spotify, Tapi Band Ini Sebenarnya Tak Wujud
  • Spotify Umum Kenaikan Harga Langganan - Ini Perubahan Untuk Pengguna Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY