Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Chatbot

Spotify Perkenal Ciri AI Baharu, Pengguna Kini Boleh ‘Berbual’ Terus Dalam Aplikasi

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amalina Athman

Spotify kini mengumumkan ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi menggunakan suara atau teks bagi mengawal muzik, mendapatkan maklumat tentang kandungan serta meneroka sejarah pendengaran.

Menerusi ciri ini, pengguna Premium yang layak boleh berbual terus dengan Spotify daripada halaman “Home” dan paparan “Now Playing”. Selain meminta lagu atau artis tertentu dimainkan, pengguna juga boleh memberikan arahan susulan untuk mengubah suasana muzik mengikut citarasa tanpa perlu membuat carian secara manual.

Now you can talk to Spotify:
🎧 It plays what you want
🎧 It adds what you want
🎧 It even answers what you’re curious about

What’s the first thing you’d say? pic.twitter.com/uKajUFpA1G

— Spotify (@Spotify) July 14, 2026

Spotify turut membolehkan pengguna bertanya tentang lagu, album, artis dan genre yang sedang dimainkan. Sebagai contoh, pengguna boleh mendapatkan maklumat seperti inspirasi di sebalik sesebuah album, tarikh pelancarannya atau genre muzik yang didengari.

Keupayaan tersebut tidak terhad kepada muzik sahaja. Semasa mendengar podcast atau buku audio, pengguna boleh bertanya mengenai penulis, tetamu podcast atau kandungan yang sedang dimainkan.

Selain itu, Spotify kini boleh menjawab soalan berdasarkan sejarah penggunaan seseorang. Pengguna boleh menyemak bila kali pertama mereka mendengar sesuatu lagu atau mengetahui genre muzik yang paling banyak dimainkan sejak kebelakangan ini.

Ketersediaan

Buat masa ini, ciri perbualan baharu ini dilancarkan secara berperingkat dalam versi beta kepada pengguna Spotify Premium berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, Ireland dan Sweden menerusi aplikasi iOS dan Android dalam bahasa Inggeris.

Spotify turut memaklumkan bahawa memandangkan ia masih dalam versi beta, respons yang diberikan mungkin belum sentiasa tepat dan akan terus dipertingkat berdasarkan maklum balas pengguna.

Berkaitan

  • Spotify Kemas Kini Sokongan Lirik Dengan Tiga Ciri Baharu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Spotify Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Tablet
  • Spotify Dan Universal Kini Benarkan Peminat Hasilkan Remix AI Secara Sah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY