Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Tablet_1

Spotify Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Tablet

Diterbitkan April 17, 2026 ยท Dikemas kini April 17, 2026 oleh Amalina Athman

Spotify nampaknya mula memberi perhatian lebih serius kepada pengguna tablet dengan memperkenalkan antara muka baharu yang lebih segar dan dioptimumkan sepenuhnya.

Sebelum ini, paparan Spotify pada tablet sering dianggap sekadar versi telefon pintar yang diperbesar. Melalui kemas kini terbaharu ini, ia memanfaatkan ruang skrin yang luas secara lebih efisien.

Antara perubahan utama ialah sokongan orientasi adaptif, di mana susun atur antara muka akan berubah mengikut kedudukan peranti sama ada dalam mod potret atau landskap, bukan sekadar membesarkan paparan.

Spotify Tablet_1

Turut diperkenalkan ialah bar sisi yang boleh dilipat bagi memberikan fleksibiliti kepada pengguna. Ia boleh digunakan untuk melayari dan menemui kandungan baharu sambil muzik dimainkan, atau dikembangkan untuk paparan yang lebih fokus. Bar sisi ini juga menyokong kandungan interaktif yang boleh ditatal, membolehkan penerokaan dilakukan tanpa perlu keluar daripada paparan semasa.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/04/17155418/Spotify_tablet_16-9-smaller-file.mp4

Selain itu, Spotify turut memperkenalkan ciri parallel browsing yang membolehkan pengguna mencari lagu atau podcast di bahagian sisi, tanpa menutup kandungan yang sedang dimainkan.

Dalam masa yang sama, butang “Switch to Video” kini diletakkan lebih jelas bagi memudahkan pengguna beralih ke mod video jika tersedia. Selebihnya, reka bentuk antaramuka masih mengekalkan elemen yang dikenali supaya pengguna sedia ada tidak berasa janggal.

Kemas kini ini ditawarkan untuk tablet Android dan iPad, dan mula tersedia kepada semua pengguna Spotify.

Berkaitan

  • Spotify vs Apple Music - Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya
  • Spotify Kemas Kini Sokongan Lirik Dengan Tiga Ciri Baharu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Spotify Perkenal Ciri Baharu 'SongDNA'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY