Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia 10 VII

Sony Xperia 10 VII Kini Di Malaysia, Harga RM2,199

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh ariff bukhari

Sony Xperia 10 VII kini sudah tiba di Malaysia, tampil dengan reka bentuk ringan dan paparan OLED sinematik 19.5:9 bersaiz 6.1 inci.

Dengan kadar segar 120Hz, skrinnya memberikan pengalaman tontonan lancar yang diperkaya dengan teknologi visual Sony.

Sony Xperia 10 VII 1
Ketahanan skrin diperkukuh oleh Corning® Gorilla® Glass Victus® 2.

Malah audio juga dipertingkatkan melalui pembesar suara stereo hadapan yang jelas dan seimbang.

Ia turut dilengkapi butang shutter khas di mana anda boleh lancarkan kamera serta-merta walaupun skrin dimatikan serta mengekalkan bicu fon kepala yang penting untuk penggemar muzik.

Walaupun dengan bateri 5,000mAh, tapi Sony menyatakan Xperia 10 VII mampu bertahan sehingga dua hari untuk penggunaan biasa.

Sony Xperia 10 VII 2
Sony Xperia 10 VII dipacu cip Snapdragon® 6 Gen 3 dengan RAM 8GB.
Sony Xperia 10 VII 3
Turut dilengkapi kamera utama 50 MP / 12 MP dan kamera hadapan 13MP.

Jika storan terbina 128GB nya tidak mencukupi, anda jangan bimbang kerana Xperia 10 VII menyokong kad microSD sehingga 2TB.

Sony Xperia 10 VII ditawarkan pada harga RM2,199 yang sudah boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1wpb
  • Lazada – https://invl.me/cln1wpi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 4 Fon Kepala Ni 'Confirm' Bunyi Sedap, Harga Bawah RM2,000
  • Pra-Tempahan Siri vivo X300 Melonjak 13 Kali Ganda Menjelang Pelancaran Rasmi Di Malaysia
  • Aplikasi CelcomDigi Kini Tawar Servis BNPL Patuh Syariah
  • 41 Peranti OPPO Ini Disahkan Terima ColorOS 16 Bermula November Ini

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY