Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra-Tempahan Siri vivo X300 Melonjak 13 Kali Ganda Menjelang Pelancaran Rasmi Di Malaysia

Pra-Tempahan Siri vivo X300 Melonjak 13 Kali Ganda Menjelang Pelancaran Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan November 4, 2025 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia bakal melancarkan siri andalan terbaharunya, vivo X300 dan X300 Pro, yang sudah mencetuskan keterujaan tinggi sebelum pelancaran rasmi.

Menurut vivo, tempahan awal tanpa melihat (blind pre-order) untuk model ini meningkat 13 kali ganda berbanding model sebelumnya, menandakan sambutan luar biasa terhadap telefon yang digelar ramai sebagai “concert phone” terbaik 2025.

Direka untuk pengalaman fotografi dan videografi bertaraf profesional, siri vivo X300 menumpukan kepada keupayaan menangkap detik konsert dengan jelas, walaupun dari jarak jauh atau dalam keadaan cahaya malap. vivo X300 Pro hadir dengan kamera telefoto ZEISS APO 200MP dan kamera utama ZEISS 50MP Gimbal-Grade, menawarkan kestabilan CIPA 5.5 dan kejelasan imej yang luar biasa.

Concert KV 1

Dikuasakan cip baharu vivo Pro Imaging Chip VS1, peranti ini mampu merakam foto dan video 4K 120fps Dolby Vision dengan warna lebih semula jadi dan dinamik.

Concert KV 2

Sementara itu, vivo X300 turut menampilkan kamera utama ZEISS 200MP dan kamera telefoto dinaik taraf, dengan kestabilan CIPA 4.5 serta kamera swafoto ultra lebar 50MP. Fungsi seperti Stage Mode 2.0, Dual-View Stage Video, dan AI One-Shot Multi-Crop membolehkan pengguna merakam detik profesional di mana sahaja.

Dari segi rekaan, siri ini tampil dengan Unibody 3D Glass Design dan panel belakang coral velvet glass yang halus serta tahan cap jari.

Warna yang ditawarkan termasuk Phantom Black, Mist Blue, Halo Pink, dan Dune Brown, melambangkan keseimbangan antara gaya dan prestasi.

Berkaitan

  • vivo OriginOS 6 Kini Global - UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI
  • vivo X300 Pro, Telefon Yang Cuba Jadi Kamera Profesional
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY