Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

4 Fon Kepala Ni ‘Confirm’ Bunyi Sedap, Harga Bawah RM2,000

Posted on November 4, 2025November 4, 2025

Sebelum ini telah disenaraikan 4 model fon kepala bajet bawah RM500 bunyi sedap dengan ciri ANC (pembatalan hingar).

Tetapi, bagi mereka yang meminati muzik yang mahukan audio jauh lebih berkualiti tinggi, melabur sedikit lebih untuk memiliki fon kepala yang menawarkan audio premium adalah pelaburan berbaloi.

Jadi, di sini disenaraikan 4 model fon kepala berharga di bawah RM2,000 yang pastinya menyampaikan kualiti audio terbaik.

Biar mahal tapi puas hati…

1. Sony WH-1000XM6 – Penanda aras fon kepala ANC

Sony WH-1000XM6 ialah fon kepala ANC premium dengan kualiti bunyi terbaik dalam siri WH.

Ia menawarkan pembatalan hingar aktif mengkagumkan, serta keupayaan bateri sehingga 37 jam.

Sony menerusi XM6 kembalikan semula reka bentuk yang boleh dilipat.

Sony WH-1000XM6 sememangnya diiktiraf sebagai penanda aras bagi kategori fon kepala ANC.

Malah bukan sahaja ANC padu, ia turut menawarkan pengalaman audio premium dengan sokongan Hi-Res Audio dan teknologi LDAC.

Sony WH-1000XM6 kini boleh didapati pada harga dari RM1,600 hingga RM2,000 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1ti8
  • Lazada – https://invl.me/cln1tie

2. Sennheiser MOMENTUM 4 – Fon kepala Sennheiser terlaris

Syarikat audio terkemuka dari Jerman, Sennheiser telah menyambut ulang tahun ke 80 pada tahun ini.

Jadi, mereka telah meraikannya dengan melancarkan fon kepala edisi 80 tahun menerusi model fon kepala paling popular mereka iaitu MOMENTUM 4.

MOMENTUM 4 edisi ke-80 tahun.

MOMENTUM 4 adalah fon kepala paling mampu milik dalam senarai ini di mana ia hanya berharga dari RM1,199 sahaja.

Jadi, ia adalah pembelian yang berbaloi kerana ia menawarkan bunyi berkualiti tinggi, ciri pembatalan bunyi adaptif, serta bateri tahan sehingga 60 jam.

Beli Sennheiser MOMENTUM 4 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln03fn
  • Lazada – https://invl.me/cln03fp

3. Bose QuietComfort Ultra 2 – Cepatlah masuk Malaysia

Bose telah pun memperkenalkan QuietComfort Ultra Headphones (Gen-2) dengan peningkatan audio dan pembatalan hingar yang lebih pintar.

Ia menyokong audio lossless serta tampil dengan reka bentuk baharu dengan kemasan logam premium dan dalam pilihan warna edisi terhad, Driftwood Sand dan Midnight Violet.

Baterinya pula tahan sehingga 30 jam bersama sokongan Bluetooth 5.4, ciri Google Fast Pair dan Spotify Tap turut.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, di Malaysia hanya tersedia model Bose QuietComfort Ultra sahaja yang berharga RM1,799.

Model terbaru Bose QuietComfort Ultra 2 yang berharga USD449 (~RM2,150), hanya tersedia  untuk pasaran global mulai 2 Oktober 2025.

Jadi, ketibaannya di pasaran Malaysia mungkin akan mengambil sedikit masa.

Beli Bose QuietComfort Ultra dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1tp8
  • Lazada – https://invl.me/cln1tpb

4, Edifier STAX SPIRIT S5 – Fon kepala Edifier terpaling premium tanpa ANC

Mungin ada yang tak tahu, Edifier ada menghasilkan fon kepala premium dengan audio berprestasi tinggi menerusi model Edifier STAX SPIRIT S5. Malah ia adalah fon kepala termahal dari Edifier.

Nama STAX diletakkan pada model ini kerana pada tahun 2012 dahulu, Edifier telah berjaya memperoleh syarikat audio terkemuka, STAX Ltd. yang berpengalaman lebih 80 tahun dalam teknologi fon kepala elektrostatik.

STAX SPIRIT S5 menerima ulasan yang sangat positif untuk kualiti audio premium, keselesaan dan kualiti binaan. Keseluruhannya, kualiti audio yang disampaikan fon kepala ini adalah setanding dengan jenama besar yang lain.

Namun begitu, satu kekurangan utama fon kepala ini adalah ketiadaan ciri ANC.

Jadi,  fon kepala yang mahal ini lebih sesuai digunakan di dalam bilik dan persekitaran yang sunyi.

Kurang sesuai untuk persekitaran luar yang bising.

Tapi, apa yang menariknya adalah, harga asal fon kepala ini yang berharga RM3,339, kini, anda boleh memilikinya pada harga RM1,900 sahaja.

Edifier STAX SPIRIT S5 menyokong audio HiRes dan bateri tahan sehingga 80 jam.

Beli Edifier STAX SPIRIT S5 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln1ttz
  • Lazada – https://invl.me/cln1tu1

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan, kesemua model fon kepala ini adalah dalam kategori premium yang menyampaikan audio berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Cuma, ia terpulang kepada anda untuk memilihnya mengikut kesesuaian berdasarkan kepada beberapa faktor seperti ANC paling padu, bunyi yang sedap mengikut citarasa, sokongan sambungan bicu audio 3.5mm, spatial audio, fleksibiliti (boleh lipat atau tidak), saiz fon kepala (keselesaan dan gaya) dan lain-lain.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress