Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapseed iOS 2026_2

Snapseed Untuk iPhone Kini Ada Kamera Sendiri, Lengkap Dengan Kawalan ‘Pro’

Diterbitkan Februari 19, 2026 · Dikemas kini Februari 19, 2026 oleh Amalina Athman

Snapseed untuk iOS secara rasmi memperkenalkan ciri kameranya sendiri, menjadikan aplikasi ini bukan sekadar untuk menyunting gambar tetapi juga mengambil foto dengan kawalan profesional.

Terdapat ciri “PRO” yang boleh diaktifkan melalui suis di penjuru atas kiri. Apabila diaktifkan, tiga butang akan muncul di bahagian bawah iaitu ISO, Shutter Speed dan Fokus, yang boleh dilaraskan menggunakan dail di bawahnya. Butang zum dan flash turut disediakan.

Snapseed iOS 2026_1

Kamera Snapseed juga menyokong beberapa filter yang diinspirasikan daripada gaya filem klasik. Antaranya KP1, KP2 dan KG1 yang diinspirasikan dari Kodak, FS1, FS2 dan FP1 dari Fuji, AG1 dan AS1 dari Agfa, PD1 (Polaroid) serta TC1 (Technicolor).

Snapseed 2026_14

Filter ini boleh digunakan secara masa nyata semasa mengambil gambar, membolehkan hasil akhir dilihat terus tanpa perlu melalui proses suntingan kemudian.

Selain itu, setiap foto yang diambil turut disimpan dengan lapisan suntingan penuh, membolehkan perubahan, pelarasan, atau pemulihan mana-mana elemen gambar walaupun selepas disimpan di galeri.

Terdapat juga pilihan tema warna untuk viewfinder, termasuk Editor, Dusk, Negative, Steel, Haze dan Depth, bagi menyesuaikan suasana semasa mengambil gambar.

Snapseed Untuk iPhone Kini Ada Kamera Sendiri, Lengkap Dengan Kawalan ‘Pro’

Snapseed versi 3.15.0 kini tersedia di Apple App Store secara percuma.

Berkaitan

  • Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • VSCO Capture Kini Sokong Rakaman Video
  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Malaysia - 30GB Storan, RM3.50/Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY