Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru

Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru

Diterbitkan Jun 13, 2025 ยท Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas beberapa tahun tanpa perubahan besar, Google akhirnya melancarkan kemas kini utama untuk aplikasi suntingan foto, Snapseed versi iOS.

Sebelum ini, ramai menyangka Google sudah pun ‘mengabaikan’ Snapseed dan lebih memberi tumpuan kepada projek lain. Tambahan pula, aplikasi ini berfungsi secara lokal tanpa memerlukan sambungan ke pelayan, menjadikan ia kelihatan seperti dibiarkan begitu sahaja tanpa banyak perubahan.

Untuk rekod, kali terakhir Snapseed di iOS menerima kemas kini utama adalah pada tahun 2021. Manakala pada 2023 dan 2024, hanya terdapat kemas kini kecil yang tidak membawa perubahan ketara kepada pengalaman pengguna.

Kini, menerusi versi 3.0, aplikasi Snapseed untuk iPhone dan iPad hadir dengan reka bentuk semula sepenuhnya.

Semua foto yang telah disunting kini akan dipaparkan dalam bentuk grid, manakala navigasi aplikasi diubah kepada tiga tab utama iaitu Looks, Faves dan Tools.

Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru

Tab “Faves” pula membolehkan pengguna menyimpan alat suntingan kegemaran untuk akses lebih cepat.

Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru

Snapseed kini menawarkan lebih 25 alat dan filter berbeza, termasuk beberapa filter filem baharu yang ditambah. Logo aplikasi juga telah diberi nafas baharu dengan rekaan yang lebih ringkas dan moden.

Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru

Sebagai rujukan, Google telah mengambil alih Snapseed pada 2012. Maka, kehadiran kemas kini utama kali ini sememangnya satu kejutan, apatah lagi selepas sekian lama tanpa perkembangan ketara di iOS.

Namun, satu perkara yang tidak berubah – Snapseed masih boleh digunakan secara percuma dan bebas iklan. Buat masa ini, versi di Google Play masih lagi versi lama dari tahun lalu. Belum ada kepastian bila (atau jika) kemas kini 3.0 ini akan turut hadir untuk pengguna Android.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Mulai 15 Jun, Kad Hadiah Google Play Tidak Lagi Tersedia Di Malaysia
  • Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel - Ini Yang Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY