Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VSCO Capture Kini Sokong Rakaman Video

VSCO Capture Kini Sokong Rakaman Video

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh Amalina Athman

VSCO kini mengemas kini aplikasi VSCO Capture dengan ciri rakaman video.

Seperti foto, rakaman video turut menyokong lebih 50 preset VSCO yang membolehkan pengguna melihat pratonton dan melarasnya secara langsung semasa merakam.

VSCO Capture_2

Pengguna boleh memilih tetapan video termasuk HEVC, H.264, 720p, 1080p, 24 fps dan 30 fps, supaya rakaman lebih fleksibel mengikut keperluan.

Selain ciri rakaman video baharu, VSCO Camera juga memperkenalkan tetapan manual baharu untuk foto iaitu Film Grain. Dengan tetapan ini, pengguna boleh mengawal tekstur gambar secara dinamik melalui pilihan Strength, Size dan Color.

Buat masa ini, VSCO Capture hanya tersedia untuk peranti iOS dan boleh dimuat turun melalui App Store.

Berkaitan

  • VSCO Akan Lancar 'Capture' - Aplikasi Kamera Untuk iPhone
  • Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY