Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google one

Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Malaysia – 30GB Storan, RM3.50/Bulan

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 22, 2026 oleh Amalina Athman

Google secara diam-diam dilihat mula menawarkan pelan Google One Lite untuk pengguna di Malaysia, yang kini muncul pada halaman rasmi Google One.

Sebelum ini, pelan Lite hanya tersedia untuk pasaran terpilih seperti India, Brazil, Mexico dan Indonesia.

Pelan Google One Lite adalah versi paling asas daripada langganan Google One yang menawarkan storan awan 30GB sebulan untuk Google Photos, Drive dan Gmail, kira‑kira dua kali ganda ruang storan percuma 15GB yang diberikan kepada semua akaun Google.

Google One Lite Malaysia_1
Pelan Bulanan Google One Lite
Google One Lite Malaysia_2
Pelan Tahunan Google One Lite

Di Malaysia, pelan Google One Lite boleh dilanggan pada harga RM3.50/bulan, dengan tawaran pengenalan RM0.90 sebulan untuk 3 bulan pertama (penjimatan sehingga RM7.80).

Bagi pengguna yang memilih langganan tahunan, pelan ini ditawarkan pada harga RM29.99 untuk tahun pertama dan RM35 setahun bagi tahun seterusnya.

Untuk langganan atau maklumat lanjut, layari laman rasmi Google One.

Berkaitan

  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Beberapa Negara, Harga Lebih Mampu Milik
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Google Kini Tawar Tiga Ciri AI Dalam Gmail Secara Percuma
  • Google Kemas Kini Had Penggunaan Model Gemini Untuk Setiap Pelan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY