Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon 8 elite

Snapdragon 8 Elite Mungkin Nama Cip Baharu Untuk Telefon Andalan Android

Diterbitkan September 30, 2024 ยท Dikemas kini September 30, 2024 oleh Amsyar Latif

Qualcomm dijangka melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka tidak lama lagi di mana cip tersebut semestinya bakal menguasakan peranti andalan Android. Namun, berkemungkinan besar tahun ini Qualcomm mengubah penamaan cip mereka yang mungkin dikenali sebagai Snapdragon 8 Elite.

Sekitar akhir tahun 2021 dahulu, Qualcomm memberi nafas baharu dalam penamaan cip mereka dengan beralih daripada Snapdragon 888 kepada Snapdragon 8 Gen 1. ‘8’ merujuk kepada cip andalan, sementara ‘7’ untuk kelas pertengahan. ‘Gen 1’ pula adalah bagi generasi bagi pemproses tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut laporan terbaru daripada smartprix, mungkin ‘Snapdragon 8 Elite’ adalah nama baharu dan menggantikan ‘Snapdragon 8 Gen 4’ yang dikhabarkan diperkenalkan dalam masa terdekat.

snapdragon 8 elite

Perkara ini didedahkan buat pertama kali dari blogger terkenal dan mempunyai reputasi baik dalam memberikan maklumat, Digital Chat Station di mana beliau berkongsikan informasi berkaitan cip itu.

Kita pun sedia maklum yang peranti Xiaomi sering menjadi terawal dalam menggunakan cip pemproses andalan untuk barisan telefon Android. Snapdragon 8 Elite dijangka hadir dengan seni bina 3nm dan menawarkan teras prestasi berkelajuan 4.0GHz dan 6 teras kecekapan pada 2.8GHz.

Sekiranya benar, pengguna akan lebih pening dan keliru dengan pembaharuan yang dibawa syarikat tersebut. Pun begitu, ia tidak pelik juga kerana mereka pun telah menggunakan nama ‘Snapdragon X Elite’ pada komputer riba yang dikuasakan cip ARM.

Berkaitan

  • Kelajuan CPU Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Capai 4GHz
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Telefon Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Naik Harga
  • Qualcomm Dilapor Berminat Ambil Alih Intel

Sumber: Smartprix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY