Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Intel_CNET

Qualcomm Dilapor Berminat Ambil Alih Intel

Diterbitkan September 21, 2024 oleh Amalina Athman

Qualcomm baru-baru ini mempertimbangkan untuk mengambil alih Intel, seperti dilaporkan Wall Street Journal.

Walaupun sebarang perjanjian antara Qualcomm dan Intel digambarkan sebagai masih “jauh dari pasti”, ia berpotensi menarik perhatian pengawal selia anti persaingan. Menurut WSJ, Qualcomm mungkin perlu menjual aset atau bahagian Intel kepada pembeli lain jika ingin menyelesaikan transaksi itu.

The New York Times turut mengesahkan laporan itu, sambil menambah bahawa Qualcomm masih belum membuat tawaran rasmi untuk pengambilalihan Intel.

Perjanjian itu, jika ia berlaku dan terselamat dalam penelitian kawal selia – akan menjadi salah satu penggabungan teknologi terbesar dan pengambilalihan besar-besaran untuk Qualcomm, yang memasuki semula pasaran pemproses desktop tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi PC AI Microsoft selepas bertahun-tahun menguasai pemproses mudah alih.

Intel, yang mempunyai nilai pasaran kira-kira $90 bilion, telah menghadapi krisis besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Saham syarikat itu juga merosot sekitar 56% pada tahun ini sahaja. Pada tahun 2020, Intel kehilangan Apple daripada portfolio pelanggannya dengan peralihan daripada cip Mac kepada Apple Silicon yang berasaskan seni bina ARM.

Berkaitan

  • ASUS Akan Lancar PC AI Premium Dikuasakan Qualcomm Dengan Reka Bentuk Ultra Mudah Alih Baharu
  • Qualcomm Pertimbang Pengeluaran Cip Snapdragon 8 Gen 5 Melalui Samsung Dan TSMC
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Kurang Bekalan Untuk Ganti Cip Rosak, Pengguna Intel ‘Raptor Lake’ Tukar Ke AMD

Sumber: The Verge, Reuters

Gambar utama: CNET

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY