Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite – 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs

Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite – 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh Amalina Athman

Dua minggu lalu, Qualcomm telah mengumumkan nama baharu cip untuk komputer Windows berasaskan ARM, iaitu Snapdragon X Series. Kini, Qualcomm melalui acara Snapdragon Summit telah melancarkan cip Snapdragon X Elite secara rasmi.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 3 Diumumkan - 4nm, Cortex-X4, AI Generatif

Snapdragon X Elite direka dengan binaan pemproses 4nm dan menampilkan 12 teras CPU Qualcomm Oryon berkelajuan 3.8GHz, dengan satu atau dua teras boleh ditingkatkan sehingga 4.3Ghz.

Ia dikata membawakan prestasi multi-thread CPU 2X lebih pantas berbanding cip Intel 12 teras, dan penggunaan kuasa 68% lebih rendah.

Snapdragon X Elite_1

Qualcomm turut mendakwa Snapdragon X Elite mempunyai prestasi puncak multi-thread CPU 50% lebih pantas berbanding cip M2 Apple, yang juga berasaskan ARM.

Snapdragon X Elite_2

Pada bahagian grafik, X Elite dilengkapi integrasi Adreno GPU pada kadar 4.6TFLOPs dengan sokongan DirectX 12 API. Cip ini boleh mengendalikan sehingga 3x monitor UHD luaran pada 60Hz. Ia juga menawarkan prestasi GPU 2X lebih pantas dan 74% kurang tenaga berbanding pesaingnya.

Dengan Adreno VPU (Video Processing Unit), ia menyokong pengekodan dan penyahkodan 4K60 10-bit untuk fail H.264, HEVC (H.265) dan AV1.

Qualcomm juga menambah sokongan NPU Hexagon dengan 45 TOPs (Tera operations per second) untuk meningkatkan tugasan AI Generatif. Selain itu, Snapdragon X Elite boleh mengendalikan lebih 13 bilion parameter yang dijalankan pada peranti dan menjana 30 token/saat.

SnapdragonXEliteSummary (1)

Cip ini menyokong format memori LPDDR5x dengan kapasiti 64GB RAM dan kelajuan sehingga 136GBps, bersama storan PCIe Gen4 atau UFS 4.0.

Dari segi sambungan, X Elite dilengkapi sistem FastConnect 7800 dengan sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4, selain modem Snapdragon X65 5G.

Menurut Qualcomm, PC dengan janaan Snapdragon X Elite dijangka akan tersedia bermula pertengahan 2024.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY