Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen_

Kelajuan CPU Snapdragon 8 Gen 4 Mungkin Capai 4GHz

Diterbitkan Ogos 22, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Khabar angin mengatakan bahawa Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang akan mempunyai GPU yang mengagumkan. Keputusan awal AnTuTu menunjukkan skor GPU sebanyak 1,330,057, peningkatan ketara berbanding 896,416 mata keputusan teratas Snapdragon 8 Gen 3 yang kini berada di carta AnTuTu.

Menurut Ice Universe, GPU Adreno 830 sedang diuji pada frekuensi kelajuan 1,250MHz. Sebagai perbandingan, Adreno 750 dalam Snapdragon 8 Gen 3 adalah pada 903MHz untuk varian AB biasa dan 1,000MHz untuk varian AC biasanya dilabel ‘For Galaxy atau Leading’.

Screenshot 2024-08-22 at 4.30.23 PM

Adreno 735 di dalam 8s Gen 3 mempunyai kurang teras tetapi mempunyai kelajuan 1,100MHz yang lebih tinggi.

Berbalik kepada Snapdragon 8 Gen 4, ia dikatakan bakal membawa prestasi yang baik tanpa memerlukan banyak kuasa.

antutu sd8 gen 4

Bukan itu sahaja, Snapdragon 8 Gen 4 juga dikatakan mempunyai kelajuan CPU yang sangat tinggi untuk teras Oryonnya.

Hasil Geekbench menunjukkan dua teras pantas mempunyai kelajuan sehingga 4.09GHz dan enam teras lain pada 2.78GHz. Ini adalah yang tertinggi dalam telefon pintar.

Sebagai perbandingan, CPU terpantas untuk telefon terdapat pada cip Apple A17 Pro siri iPhone 15 Pro (3.78GHz). Untuk Android pula, cip Dimensity 9300+ dan Snapdragon 8 Gen 3 Leading (3.4GHz).

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bilakah cip Snapdragon 8 Gen 4 ini akan dilancarkan. Namun, berkemungkinan dalam sebulan lebih dari sekarang.

Berkaitan

  • Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3

Sumber: iceuniverse, gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY