Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB…Semuanya Bawah RM3699

Posted on September 5, 2024Disember 19, 2024

Di era pengkomputeran yang hampir segalanya dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI), komputer moden sememangnya memerlukan kuasa pemprosesan yang besar.

Tidak hanya bergantung pada kuasa pemprosesan teras (CPU), tetapi kuasa grafik juga kini begitu penting yang dulunya hanya memfokuskan pada permainan semata-mata.

Maka sebab itu lah, JOI® kini hadir dengan menawarkan komputer meja yang dilengkapi dengan perkakasan terkini untuk yang dilengkapi dengan pemproses terkini Intel® Core™ dan kuasa grafik yang dipacu Intel® Arc™.

Malah anda tak perlu pening memikirkan perkakasan yang terbaik dan sesuai untuknya kerana PC JOI® ini sedia terbina dengan spesifikasi yang disepadukan.

Sekali gus menjadikan sistem operasi pantas dan menjalankan aplikasi-aplikasi dengan lancar, memanfaatkan keseluruhan prestasi perkakasan pada tahap terbaik.

Pemproses Intel® Core™

Pemproses Intel® Core™ telah terbukti sebagai salah satu pemproses terkemuka di pasaran yang dikenali kerana prestasi tinggi serta keupayaan untuk mengendalikan tugas-tugas berat dengan cekap.

Menerusi Intel® Core™ i7 generasi ke-14 yang terkini, komputer meja JOI® Work PC menyampaikan prestasi tertinggi yang sekali gus meningkatkan produktiviti dalam perniagaan dengan mengendalikan beban kerja dengan mudah. 

JOI® Work PC menyokong aplikasi yang menggunakan AI untuk pelbagai tugas seperti analisis data, automasi, dan lain-lain.

Grafik dipacu Intel® Arc™ Graphics

Dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan GPU Intel® Arc™ Graphics, JOI® Work PC menawarkan prestasi visual terbaik dalam kelasnya untuk aplikasi grafik yang intensif dan memerlukan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Gabungan CPU dan GPU Intel ini yang disepadukan mempercepatkan lagi pemprosesan data AI dan aplikasi yang memerlukan pemprosesan visual yang sofistikated.

Menjadikan pengurusan dan analisis data lebih cepat dan berkesan khususnya dalam multitugas tanpa perlu bergantung pada perkhidmatan awan (cloud services) kerana semuanya diproses terus JOI® Work PC itu sendiri.

Dengan enjin grafik berkuasa dari GPU Intel® Arc™ Graphics, anda tak perlu menunggu lama memperoleh efek grafik mahupun video yang anda kerana ia mampu dihasilkan pada masa yang sama dengan pantas.

Kos yang efektif

Sudah tentunya bukan prestasi semata-mata yang dimahukan pengguna, tetapi juga pada masa yang sama sebuah mesin yang dioperasikan itu memberi lebih nilai kepada syarikat.

Sebab itulah JOI® Work PC menjadikan Intel® Core™ dan Intel Intel® Arc™ Graphics sebagai perkakasan utamanya.

Direka bentuk sebagai cekap tenaga, Intel® Arc™ menggunakan tenaga dengan lebih efisien berbanding dengan pesaing grafik lain yang mungkin kurang cekap tenaga.

Ini sekali gus menjadikan penggunaan tenaga yang lebih rendah yang memberikan perniagaan beroperasi pada tahap kos yang lebih ekonomi.

Tidak hanya berprestasi tinggi, Intel® Arc™ adalah pilihan perkakasan cekap tenaga yang lebih mesra alam, membantu perniagaan mengurangkan jejak karbon mereka.

Ciri keselamatan canggih

Tidak seperti sebelum ini di mana kerja hanya terhad di pejabat sahaja, tapi dengan persekitaran kerja hibrid (di pejabat dan dari rumah), keselamatan semestinya menjadi isu yang sangat penting. 

Tidak hanya menyampaikan tahap prestasi dan kecekapan tinggi, JOI® Work PC turut memberikan kebolehpercayaan yang diperlukan oleh perniagaan moden dengan memanfaatkan ciri keselamatan terbina dalam CPU Intel® Core dan ciri Deep Link Technology dalam GPU Intel® Arc™ untuk menyampaikan tahap prestasi, kecekapan dan keselamatan yang diyakini.

JOI® Work PC memastikan operasi yang lancar dan mengurangkan risiko gangguan teknikal menerusi prestasi dan kebolehpercayaan.

JOI® Work PC adalah penyelesaian menyeluruh kepada keperluan anda

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, JOI® Work PC memenuhi segala apa yang diperlukan kepada perniagaan anda, meliputi prestasi, keselamatan dan produktiviti yang dipacu AI.  

JOI® Work PC memanfaatkan kecanggihan GPU Intel® Arc™ yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi dan proses kecerdasan buatan terus di komputer itu sendiri, tanpa memerlukan sambungan kepada perkhidmatan awan. 

Ini mengurangkan kebergantungan pada internet dan perkhidmatan luar untuk memproses tugas-tugas AI.

GPU Intel® Arc™ di dalam JOI® Work PC dilengkapi dengan penggalak (accelerators) khusus untuk AI yang merupakan ciri tambahan dalam GPU yang direka untuk mempercepatkan proses kecerdasan buatan, seperti pembelajaran mesin dan analisis data yang kompleks.

Syarikat-syarikat dalam industri kreatif khususnya pasti akan dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan JOI® Work PC seperti menjana imej daripada gesaan (prompt) teks dan memproses suntingan video dengan cepat dan mudah.

Sementara untuk penganalisis data dan profesional AI, enjin AI yang berkuasa dari Intel® Arc™ akan mempercepatkan tugas pembelajaran mesin, memberikan cerapan yang lebih pantas dan aliran kerja yang lebih cekap.

Intel® Arc™ Graphics mempunyai sehingga 32 Xe teras, 8 keping rendering, maksimum frekuensi teras 2400MHz dan memori grafik maksimum 16GB 256bit GDDR6.

Secara keseluruhannya, JOI® Work PC memperkukuh kedudukannya dalam pasaran AI dengan mengintegrasikan pemproses Intel® Core™ dan grafik Intel® Arc™. 

Gabungan tersebut memastikan bahawa JOI® Work PC menawarkan prestasi yang unggul dalam aplikasi dan beban kerja yang memerlukan kecerdasan buatan. 

Ini bermakna, sistem ini mampu menjalankan tugas AI dengan lebih pantas dan cekap serta lebih kompetitif dalam penggunaan teknologi AI.

JOI® Work PC hadir dengan pilihan CPU Intel® Core™ i5-14400 atau Intel® Core™ i7-14700 dengan GPU Intel® ARC™ A770 ROC OC 16GB dengan harga jualannya bermula dari RM4,999.

Malah dengan tambahan RM700 sahaja, anda boleh memiliki lesen Windows 11 Pro, yang menawarkan ciri keselamatan yang dipertingkatkan, alat pengurusan termaju dan pengalaman pengguna yang lebih diperkemas yang disesuaikan untuk kegunaan profesional.

Info lebih lanjut tentang JOI® Work PC ini, layari laman sesawang https://www.nbplaza.com.my/374-workstations. 

Atau hubungi melalui WhatsApp di pautan https://bit.ly/JOIWorkPCspoweredbyIntel_Enquiries untuk pertanyaan lanjut.

*Artikel ini dibawakan oleh JOI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress