Dengan penampilan nama yang unik dan serba baharu, ia turut menawarkan beberapa peningkatan jauh lebih baik berbanding Snapdragon 888.
Menurut Qualcomm, cip pemproses baharu ini bakal menawarkan peningkatan 20% dari segi prestasi CPU, 30% GPU, 30% CPU lebih efisien dan 25% lebih penjimatan penggunaan tenaga.
Snapdragon 8 Gen 1 merupakan cip 4nm yang berasaskan seni bina ARMv9. Maknanya, rekaan cip ini mirip dengan Dimensity 9000.

Snapdragon baharu ini dilengkapi 1x teras utama Cortex-X2 dengan kelajuan 3.0GHz. Dipadankan pula bersama-sama 3x teras prestasi Cortex-A710 berkelajuan sehingga 2.5GHz dan 4x teras efisien Cortex-A510 1.8GHz.

Untuk gaming, Snapdragon 8 Gen 1 mempunyai GPU Adreno yang mana Qualcomm mendakwa ia mampu memberikan kadar bingkai (FPS) lebih baik pada masa sama tidak menggunakan banyak tenaga.
Selain itu, cip pemproses ini turut dilengkapi 3x ISP (image signal processor) 18-bit yang menawarkan kamera tunggal sehingga 200MP, tiga kamera MFNR hingga 36MP, dwi-kamera MFNR hingga 64MP+36MP dan satu kamera MFNR sehingga 108MP.

MFNR merupakan salah satu ciri yang digelar sebagai multi-frame noise reduction dan terdapat fungsi kamera lain seperti pengecaman muka berasaskan AI, fotografi pada pencahayaan rendah dan lain-lain.
Akhir sekali, Snapdragon 8 Gen 1 turut menampilkan modem Qualcomm X65 5G baharu yang boleh memberikan kelajuan muat turun sehingga 10 Gbps. Bersama-samanya lagi, WiFi 6E yang menyokong kelajuan muat turun sehingga 3.6 Gbps dan juga ada sambungan Bluetooth 5.2 dan codec aptX.
Jika peranti yang menjalankan Dimensity 9000 akan hadir pada tahun hadapan, telefon dengan cip janaan Qualcomm ini akan menemui pasaran sekitar penghujung tahun ini.
Sumber: qualcomm
Baca juga:
Harga Telefon Dijana Dimensity 9000 'Keras', Tapi Murah Dari Snapdragon
Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
Mungkin Xiaomi 12 Bukan Pertama Guna Snapdragon 8 Gen1
Berkaitan
- Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G
- Gigabyte Melancarkan RTX 3070 Ti Dan RTX 3080 Ti
- macOS Monterey, iOS 15.1 Dan watchOS 8.1 Boleh Dimuat Turun Minggu Depan
- ASUS ROG Strix LC Radeon RX 6800 XT Hadir Dengan AIO 240mm
- Spesifikasi Sony Xperia 1 III Tertiris - Snapdragon 888 Dan Paparan Lebih Cerah
- realme Pad Mungkin Tablet Mampu Milik, Dilapor Guna Cip Helio G80
- Kedai Rasmi Xiaomi Enchen Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 Januari
- Snapdragon 898 Bagi Banyak Peningkatan Prestasi, Tapi Suhu Pun Tinggi
- Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Mungkin Skrin Bezel Nipis Dan OLED 14 Inci
- Dikatakan Siri Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Pakai Snapdragon