Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart Malaysia Buka Pusat Pengedar Kedua Di Johor Bahru

smart Malaysia Buka Pusat Pengedar Kedua Di Johor Bahru

Diterbitkan Ogos 16, 2024 oleh ariff bukhari

smart Malaysia mengumumkan pembukaan pusat pengedar kenderaan kedua di Johor Bahru bagi meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik (EV) di wilayah selatan.

AG Autoworld (EV) yang ditubuhkan pada tahun 1999 telah dilantik untuk mengendalikan hab baru ini yang kini secara rasmi dikenali sebagai smart Johor Bahru 2.

Ia terletak di 17 & 18, Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor.

smart Johor Bahru 2 akan menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh yang direka khas kepada peminat EV moden pada hari ini.

Hab ini juga mempamerkan barangan eksklusif jenama smart iaitu smartIdea.

Dengan keluasan 230m², kemudahan ini meliputi ruang untuk tiga unit pameran dan juga ruang penghantaran. Bilik pameran ini dijadualkan untuk dibuka seawal suku keempat tahun ini.

Dengan pembukaan smart Johor Bahru 2, smart Malaysia kini mempunyai sejumlah 13 pengedar yang dilantik dengan 14 outlet, di mana 12 daripadanya telah beroperasi, termasuklah yang baru ini.

Menjelang pembukaan bilik pameran baharu ini, AG Autoworld (EV) menjemput anda ke roadshow BRABUS Fever dari 13 hingga 18 Ogos 2024 di Aeon Tebrau City Mall.

AG Autoworld EV smart Tour Brand Roadshow

Mereka juga menawarkan tawaran eksklusif BRABUS Fever dan promosi istimewa, dengan diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.

Sumber: Siaran media smart Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • smart #1 Turun Harga Sehingga RM20 Ribu, Kini Lebih Mampu Milik
  • smart Malaysia Perkenal Program smartCare, Tumpu 8 Ciri Penting Kepada Ekosistem Servis Selepas Jualan
  • smart #3 Rasmi Dilancar, Harga Bermula RM175,000
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY