Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga smart #1

smart #1 Turun Harga Sehingga RM20 Ribu, Kini Lebih Mampu Milik

Diterbitkan Mei 21, 2024 ยท Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh ariff bukhari

smart Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk model smart #1 Premium dan Pro dengan menjadikannya lebih mampu milik.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

“Dengan menurunkan harga smart #1, kami berhasrat untuk menyatukan pelanggan ke dalam komuniti smart, memupuk kesepaduan dan membolehkan penyertaan penuh dalam ekosistem yang kami sediakan. Dengan berbuat demikian, smart dapat meningkatkan Pengalaman Pemilikan Premium kepada pembeli.”

Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • smart #1 Premium RM209,000
  • smart #1 Pro RM169,000

harga smart #1

Harga baharu itu sekaligus penurunan sehingga RM20,000 berbanding di awal pelancarannya pada November 2023 lalu.

harga smart #1
Harga jualan smart #1 pada awal pelancarannya November 2023 lalu.

Selain itu, menghargai para pelanggannya, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro.

Anda boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #1 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #1.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY