Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart #3

smart #3 Rasmi Dilancar, Harga Bermula RM175,000

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 10, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas smart #1 dilancar pada tahun lepas, smart Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model terbaru EV untuk pasaran Malaysia, smart #3.

Ditawarkan dalam 3 varian iaitu Pro, Premium dan BRABUS, smart #3 ditawarkan pada harga bermula RM175,000 (harga di atas jalan tanpa insurans.)

Screenshot 2024-07-10 at 4.24.15 PM
Harga jualan rasmi smart #3.

smart #3 direka oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz yang telah memperoleh pujian antarabangsa dengan merangkul Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Varian smart #3 Pro dilengkapi dengan Roda Flux 19″ dan dikuasakan oleh Bateri LFP 49kWh, menyediakan Julat WLTP sejauh 325km.

Varian smart #3 Premium  pula menawarkan ciri tambahan termasuk Lampu Hadapan CyberSparksLED + Matrix, Gril Hadapan Berlampu, dan Bateri NCM 66kWh.

Bateri ini menggerakkan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang, mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat dan memberikan Julat WLTP sejauh 455km, dengan keupayaan pengecasan AC dan DC.

smart #3
smart #3

Pengecas AC 22kW boleh mengecas bateri EV ini dari 10 hingga 80% dalam masa kurang daripada 3 jam, dengan tiga tahap brek regeneratif baru: Rendah, Sederhana, dan Tinggi, disokong oleh 23 sensor berketepatan tinggi yang membolehkan 21 fungsi ADAS berfungsi dengan baik.

Manakala varian smart #3 BRABUS direka untuk penggemar kenderaan berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0- 100km/j dalam 3.7 saat.

Prestasi ini disampaikan melalui rangkaian kuasa Dual-motor All-Wheel-Drive 315kW/543Nm, menawarkan pengendalian yang luar biasa, daya tarikan, dan Julat WLTP yang praktikal sejauh 415km.

smart #3

Sebelum ini, smart Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi model smart #1 sehingga RM20 ribu. Menjadikan smart #1 kini hanya berharga dari RM169,00 sahaja (harga di atas jalan tanpa insurans.).

Screenshot 2024-07-10 at 4.34.51 PM
Harga terkini smart #1.

Anda boleh melihat sendiri Harga jualan rasmi smart #1 dan smart #3 yang baru dilancarkan di Pavilion Bukit Jalil, Level 2 (Centre Court), Kuala Lumpur dari 11-14 Julai 2024, jam 10 pagi hingga 10 malam untuk merasai sendiri pengalaman EV baharu ini.

Berkaitan

  • smart #1 Turun Harga Sehingga RM20 Ribu, Kini Lebih Mampu Milik
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY