Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart malaysia

smart Malaysia Perkenal Program smartCare, Tumpu 8 Ciri Penting Kepada Ekosistem Servis Selepas Jualan

Diterbitkan Jun 21, 2024 oleh ariff bukhari

smart Malaysia mengumumkan program perkhidmatan selepas jualan dikenali sebagai smartCare yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart dan menyediakan sokongan proaktif kepada pemilik smart sedia ada.

Program smartCare memperkenalkan 8 ciri penting kepada ekosistem perkhidmatan selepas jualan smart yang merangkumi penyediaan Pengalaman Digital yang terbaik, Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan iaitu Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung, Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart, Pembaikan Bateri HV Tempatan, Rakan Gudang & Logistik, Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV, Pengecas EV di seluruh Pengedar smart, Juruteknik yang berkelayakan dan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint). 

“Dengan program smartCare ini, smart menetapkan standard baharu dalam segmen kenderaan elektriknya dengan menyediakan satu tanda aras yang berkualiti dalam meningkatkan keyakinan pelanggan untuk memiliki kenderaan elektrik.” Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

Menerusi aplikasi Hello smart, ia melengkapi pengalaman pemilikan smart dengan membolehkan pemilik menempah servis kenderaan dengan mudah, mengakses panduan pengguna, dan menerima bantuan kecemasan melalui tetapan antara muka pengguna.

smart Malaysia akan menganjurkan Program Hari Pelanggan smartCare dan menjemput semua pemilik kereta smart untuk menyertai sesi informatif dan interaktif ini.

Destinasi seterusnya adalah di smart Ipoh dan smart Alor Setar pada 22 Jun 2024, jam 10 pagi.

smartCare Campaign 16_9

Program smartCare menawarkan anda Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,00km, Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan.

Anda juga akan nikmati Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7 bagi memastikan pengalaman pemanduan bebas masalah dan kebimbangan.

Berkaitan

  • Aplikasi Hello smart Akan Sokong 4 Stesen Pengecas EV Berbeza
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Siaran media smart Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY