Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart #2 Bakal Dilancar, EV Urban 2 Tempat Duduk Rekaan Mercedes-Benz

smart #2 Bakal Dilancar, EV Urban 2 Tempat Duduk Rekaan Mercedes-Benz

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Jenama automotif elektrik segmen premium, smart mengumumkan bahawa mereka akan  melancarkan smart #2, sebuah EV bandar ultra-kompak dua tempat duduk.

Ini sekali gus menandakan kembalinya syarikat itu ke segmen A yang pernah mereka pelopori menerusi model smart fortwo dahulu.

smart #2 Bakal Dilancar, EV Urban 2 Tempat Duduk Rekaan Mercedes-Benz

Model EV #2 ini direka oleh pasukan pereka Mercedes-Benz Design dan dibangunkan dengan arkitektur khusus baharu oleh pasukan R&D dalaman smart.

smart #2 bakal hadir dengan teknologi inovatif untuk kelasnya di mana ia kini berada di fasa akhir reka bentuk serta pembangunan.

Produksinya akan dijalankan di China, dengan pelancarannya dirancang untuk China, Eropah, dan pasaran global terpilih pada akhir 2026 hadapan.

smart #2
smart #2 Bakal Dilancar, EV Urban 2 Tempat Duduk Rekaan Mercedes-Benz

 

Tong Xiangbei, CEO Global smart, berkata smart #2 adalah bukti kekuatan baharu syarikat dalam pengeluaran dan pembangunan, manakala Mandy Zhang, CMO Global smart, menekankan bahawa model ini menghidupkan semula semangat asal smart fortwo, yang pernah menjadi ikon mobiliti bandar lebih 27 tahun dulu.

Dengan kehadiran smart #2, barisan produk smart kini semakin lengkap — daripada ev kompak sehingga SUV elektrik premium smart #1, #3, dan #5.

Untuk pasaran Malaysia, EV smart #1 dan #2 hadir dalam varian BRABUS, Premium dan Pro dengan harga jualan bermula RM169,000.

Berkaitan

  • smart #1 Turun Harga Sehingga RM20 Ribu, Kini Lebih Mampu Milik
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Hisense Lancar TV RGB-MiniLED 116” Pertama Dunia Berharga RM99,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY