Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hisense 116

Hisense Lancar TV RGB-MiniLED 116” Pertama Dunia Berharga RM99,999

Diterbitkan September 2, 2025 oleh ariff bukhari

Hisense menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah dengan memperkenalkan Hisense UX 116”, TV RGB-MiniLED 116 inci pertama di dunia.

Teknologi RGB-MiniLED local dimming ini merupakan yang pertama dihasilkan secara besar-besaran, membolehkan TV mencapai kecerahan puncak 8,000 nits dengan liputan warna sehingga 95% standard BT.2020.

RGB mini Hisense 116

Pengalaman visual yang menakjubkan ini disokong oleh sistem bunyi 6.2.2 CineStage X Surround yang dibangunkan bersama Opéra de Paris di mana iatelah memenangi anugerah Pengalaman Audio Terbaik.

Dikuasakan Hi-View AI Engine X, paparan Infinity Vision 116 inci ini mampu mengoptimumkan gambar, audio, dan tetapan secara pintar, menjadikan ruang tontonan seakan pawagam sebenar.

Selain itu, Hisense turut melancarkan siri QLED Q6Q dan Q7Q (saiz 55” hingga 100”) dengan resolusi 4K, dan padat dengan teknologi seperti Quantum Dot, Dolby Vision, Dolby Atmos, HDR Game Mode dan Filmmaker Mode.

Siri Q7Q hadir dengan HDMI 2.1 dan kadar segar semula 144Hz, sesuai untuk gaming.

Semua model dilengkapi platform pintar VIDAA U8.5 yang menyokong kawalan suara, screen mirroring, dan sokongan penstriman.

Untuk model Hisense UX 116”, ia dijual pada harga RM99,999. Manakala siri QLED Q6Q dan Q7Q pula dijual deengan harga bermula RM2,899.

Barisan produk terbaru Hisense ini boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmxo6g
  • Lazada – https://invl.me/clmxo6j

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Huawei Lancar Storan AI SSD Untuk Pusat Data
  • Apple Akur, Turunkan Kuasa Frekuensi Radio iPhone 12 Di Seluruh EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY