Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube

Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google

Diterbitkan Januari 28, 2025 ยท Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Iklan di YouTube semakin lama semakin banyak. Dari yang pendek dan mudah diabaikan, kini iklan menjadi lebih panjang dan tidak boleh dilangkau, sehingga ramai pengguna memilih untuk melanggan YouTube Premium bagi mengelak gangguan. Namun, tidak semua mampu atau ingin membayar langganan, jadi mereka terpaksa menonton iklan untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka.

Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google

Baru-baru ini, pengguna Reddit melaporkan iklan yang luar biasa panjang, termasuk satu kes iklan hampir 58 minit. Malah, ada juga mengatakan tentang iklan sehingga 10 jam atau lebih. Pengguna lain berkongsi imej iklan berdurasi 2 jam 52 minit yang muncul sebelum video berdurasi 49 minit, mencetuskan persoalan sama ada video itu masih berbaloi untuk ditonton.

Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google

Ada kemungkinan isu ini berkaitan dengan penggunaan penghalang iklan atau ad blocker. YouTube mungkin dapat mengesan penghalang iklan dan membalas dengan iklan yang sangat panjang atau mematikan butang “Skip”. Sebahagian pengguna menyatakan ad blocker mereka gagal berfungsi sepenuhnya, menyebabkan iklan tidak dapat diabaikan.

Bagi pengguna tanpa ad blocker, mereka juga melaporkan iklan yang lebih lama daripada biasa, seperti iklan selama 1 minit 28 saat. YouTube nampaknya sedang menguji pendekatan baharu untuk mendorong pengguna beralih ke YouTube Premium.

YouTube menjelaskan bahawa iklan adalah sumber pendapatan penting untuk pencipta kandungan. Oleh itu, penggunaan penghalang iklan di pelayar melanggar polisi perkhidmatan YouTube.

Menurut Google, iklan biasa yang tidak boleh dilangkau hanya dibenarkan selama 15 saat. Namun, pengguna yang terus menggunakan ad blocker berisiko dikenakan sekatan, termasuk penyahaktifan fungsi main balik video.

YouTube menegaskan bahawa tindakan ini hanya digunakan sebagai pilihan terakhir terhadap pengguna yang enggan mematuhi polisi mereka. Walaupun YouTube tidak secara langsung mengakui bahawa iklan panjang adalah taktik mereka, ramai percaya ia merupakan langkah untuk menyekat ad blocker secara berkesan.

Sebenarnya, Google telah lama mulakan berperang dengan pengguna yang menggunakan penghalang iklan. Mereka dilihat memang mahukan pengguna melanggan YouTube Premium.

Oleh yang demikian kepada pengguna di luar sana, kita kena akur yang semakin hari kita hidup dengan perkhidmatan langganan. Mengambil contoh YouTube, anda ada dua pilihan, melanggan YouTube Premium atau hadap sahaja iklan seperti mana kita menonton televisyen.

Berkaitan

  • Delta Air Lines Umum Akses Percuma YouTube Premium Dan Music Dalam Penerbangan
  • YouTube Music Tambah Ciri Baharu Pada Halaman Artis
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY