Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(PRNewsfoto/Gotion High-Tech)

Sistem ‘Power Bank Gergasi’ Gotion 20MWj Ini Boleh Tahan Sehingga 25 Tahun

Diterbitkan Mei 23, 2025 · Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 16 Mei lepas, syarikat dari China, Gotion telah mengadakan Persidangan Teknologi Global 2025, di mana ia memperkenalkan sistem storan tenaga BESS 20MWj Grid 20MWj.

Ia merupakan sistem penyimpanan tenaga pertama di dunia yang mencapai kapasiti 20MWj seunit. Malah reka bentuknya menyokong hayat selama 25 tahun.

Reka bentuk modular storan tenaga ini bukan sahaja menyokong kapasiti tinggi tetapi juga menjimatkan ruang yang lengkap dengan sistem penyejukan pendingin untuk pengurusan terma yang cekap.

Sistem ini dilengkapi dengan rangka kerja perlindungan keselamatan tujuh peringkat bagi meningkatkan keandalan dalam keadaan yang melampau.

Gotion High-tech Co., Ltd.,(Gotion), adalah salah satu pengeluar bateri China terkemuka yang memfokuskan pengeluaran bahan dan sel LFP (litihum iron phosphate) dan NCM (nickel-cobalt-manganese), pek bateri kuasa, pek bateri untuk sistem penyimpanan tenaga (ESS), dan sistem pengurusan bateri (BMS) di mana Volkswagen Group kini adalah pemegang saham terbesar syarikat itu.

Barisan produk mereka digunakan secara meluas dalam pelbagai segmen kenderaan tenaga baru (NEV), termasuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial, dan kenderaan khusus.

Syarikat itu juga menawarkan penyelesaian tenaga hijau menerusi storan penyimpanan tenaga.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol
  • China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km

Sumber: Gotion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY